Wednesday, December 20, 2017

Aku menulis bukan kerna nama!

With Papa Rock Of Malaysia, Ramli Sarip. Plaza Singapura



Sebenarnya aku tidak teringat tahun bila aku terserempak dgn Ramli Sarip ini, possibly raya tahun 2006/2007/2008. Terjumpa dia di Plaza Singapura, Singapore. Waktu ni, Plaza tu port kedai-kedai baju-baju rock band serta kedai-kedai instrumen music. Banyak juga aku tapau baju. Duit Malaysia masih ok waktu tu. Tak macam sekarang, The Mao Jae Bon era. Pada zaman rock kapak dahulu kala, Plaza Singapura ni port mat-mat dan minah-minah rock berkumpul di awal tahun 80an dahulu. Ramli Sarip pun lepak situ selalu agaknye, dulu-dulu. Dia agaknye datang situ ber KLMJ agaknye.

Kembali kepada persoalan aku menulis kerna apa? Aku menulis kerana passion of rock!! Hehe. I don't get anything by doing this. Just love to share.. and,
I WANNA ROCK! ROCCCKK!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bersama Allahyarham Pak Kassim Masdor @ Titiwangsa , 2007. 
 Aku pernah bekerja dengan sebuah TV station di bahagian hiburan. Jadi berpeluang mengambil gambar beberapa artis lejen seperti Kassim Masdor  , iaitu kawan baik Tan Sri P.Ramlee dan idola Loque Butterfingers.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bersama Datuk M.Nasir di Luncai Emas, Sungai Buloh.
Aku berpeluang menginterview dgn Datuk M.Nasir pasal musik. Ketika ini, isu dia ialah, Datuk M.Nasir sedang berkempen mahu radio radio station tempatan memutar lagu tempatan dengan kuota 80% . 20% lagi barulah lagu-lagu dari luar negara. (Ketika ini , Indo Invasion sedang kuat. Penangan dia radio station tempatan suka main lagu-lagu pop dari Indonesia)
Dari interview itu, Datuk banyak komplen bahawa Indonesia tidak 'open' sangat dengan artis-artis Malaysia. Di tahun 80an la. Baru aku tahu Search tak pernah main LIVE di Indonesia... walaupun ratusan ribu juga album-album Search terjual.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dengan legendary Kuswadinata. 60's cassanova. 2007 PICC, Putrajaya.
dengan 80's Pop Dancing Queen, Zaiton Sameon. 2007 @ PICC Putrajaya.
Dengan Diva Negara , Datuk Seri Siti Nurhaliza. 2007 @ Palace Of the Golden Horses, Seri Kembangan.

Bersama P.Ramlee , Jalan Ampang.




Tuesday, December 19, 2017

Rock The World 2017


RTW 17 adalah antara Rock The World yang terbaik pernah aku hadiri. Penjagaan waktu timing dan schedule band begitu berjaya serta sound yang terbaik . Terkawal dan sedap. Syabas utk Rock The World dan Tunetalk. Next year, amalkan lagi.

Monday, December 18, 2017

Radiohead (Osaka 20/8/2016) & Foo Fighters (Bangkok 24/8/2017)


Radiohead .

Pada penghujung tahun 2015, Radiohead telah mengumumkan bahawa akan bermain di Jepun , sempena festival Summer Sonic 2016 yang berlaku di Maishima Sports Arena.

Tanpa berfikir panjang, aku terus menggunakan credit card aku membeli tiket konsert dan flight.

Berangkat ke Osaka dgn wife. Musim Panas di Jepun lagi panas dari Malaysia.
                               
                                       






Daydreaming Video.
 

Smpi lagu Pyramid Song, wife aku dh tak tahan berdiri di tengah-tengah crowd, walhal kitaorang dh memang dekat dan jelas dpt melihat Radiohead.. cuma dari lensa camera, Jonny nmpk jauh skit.. Rasa rugi tak setup awal-awal nk Jonny. so the rest kita layan dari jauh... hehe. Sound Radiohead Live mmg terbaik. 


 Layan Karma Police Live.
 

National Anthem yo! 
 

Idioteque Blip Blops :)

So.. sekian... satu pengalaman yg tak dilupa smpi bila-bila.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Foo Fighters. 

Setahun kemudian... 
Aku dan rakan - rakan dapat melihat pula Foo Fighters buat pertama kalinya





So aku , Ijat Alnico dan rakan beliau pun pergi ke Bangkok... 

Memang ramai yang aku kenal , pergi tengok Foo Fighters ...  Bhuvan Stillaway pun pergi. Terserempak dengan Ham Seven Collar T-Shirt. Obviuosly dia mmg kene pergi yang Bangkok punya la... Memang tak nye dia ke Singapore .. hahahha

Terjumpa dengan Zubey Freak ( legend band from Indonesia) , Harry Rinky Dink , band grunge otai dari utara.
dengan Pak Sucx. 
dengan Zubey Freak & Bhuvan Stillaway
Yang best nya sebelum aku smpi ke venue, Muang Thong Thani Arena , aku terjumpa dahulu dgn rakan sekolah aku yg mmg dh lama tak jumpa... Pak Sucx



memang aku pogo tak hengat la ...






Best Of You.




Bila dah settle .. aku terjumpa dengan Ejad Hujan.. dia kata dia terjumpa dengan Taylor Hawkins di Hard ROck Cafe Bangkok... padahal aku dgn geng memang lalu depan Hard Rock,dan kitaorg tak pulak nak masuk dlm... tu.. Rugi2. 



smpi bila bila aku jeles.

saat terlepas dpt jumpa Taylor Hawkins.





















Thursday, December 14, 2017

Datang Tak Dijemput, Pulang Tak Dihantar (Abbey Road Studios)


Seperti mana di masa dahulu, penjajah British datang menjajah negara kita. Mereka datang tak diundang. 
Di Abbey Road Studio, saya membalas kembali perbuatan mereka dengan menjajah sementara tangga masuk ke pintu Abbey Road Studios (22/01/2013)

22 January 2013

sebenarnya tidak boleh, aku telah diberi warning sign oleh pekerja dia (tgk dlm gambar, di belah kanan) namun kita buat kerja pantas. selepas aku buat kerja ni, pintu pagar depan Abbey Road ditutup. Aku rasa selalunya pagar mmg ditutup, namun rezeki aku , waktu tu gate itu terbuka maka.. aku tidak lepas kan peluang. Kalau di ambil gambar dari jauh, tulisan Abbey Road tu tidak kelihatan.. maka.. aku terpaksa mengambil inisiatif guerrilla seperti ini. Bermacam tapak kaki rockstar dah lalu disini... Beatles, Pink Floyd, Radiohead dan bermacam-macam lagi.



wife aku melintasi zebra crossing Abbey Road.

------------------------------------

Pada 22 April 2019 , aku sekali lagi melawat Abbey Road. Sebelum ini ada pada waktu 'honeymoon' , dan pada kali ini pula, aku membawa hasil honeymoon tersebut tu ke sini. Satu famili melawat Abbey Road. huhuhu.











22 April 2019

Melawat Pink Floyd di Cambridge (27 April 2019)

di pekan Cambridge.  Pada 27 April 2019, aku melawat rumah rumah lama Syd Barrett, Roger Waters, dan David Gilmour di Cambridge.  ...