Sempena kesemangatan Hari Malaysia ni.. aku nak cerita skit tentang pengalaman aku berjumpa (more like terjumpa) Tun Dr.M kita sebanyak 3 kali (dalam hidup) Ya Perdana Menteri kita yang ke-4 dan ke-7 kini.
Yang pertama.
Masa tu pada tahun 1988/1989, aku waktu tu tinggal di Rampai Court, Seri Rampai. masa umur aku 6/7 tahun, aku sekeluarga hadiri persembahan kanak-kanak di Micasa Hotel, Jalan U-Thant sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia waktu tu. Dan Tun M dan Tun Hasmah pun ada. Kitorang pun duduk dekat dgn dia, selang 4,5 kerusi. Tapi row berlainan. Bila selesai semuanya, aku pun bersalam dgn Tun.M Memang happy aku dpt salam dgn dia , sbb asyik tgk dia di TV je. hehe.
Yang kedua.
Tahun 2000/2001 , aku terjumpa dgn dia di Bentley Music, Bukit Bintang KL. Waktu tu , aku nak membeli snare drum baru. Aku angkat snare piccolo Pearl. Waktu tu trend la kut .. ketang ketang ketang bunyi dia. mcm snare album St.Anger Metallica dgn Koffin Kanser. Tun M time tu tgh belek-belek saksofon.. Haha. Aku tak sure kalau dia boleh main saksofon. Mungkin dia nak belikan untuk salah satu cucu dia. Bersungguh aku tgk boss Bentley bg keterangan. Memula aku rasa aku mcm aku nk minta autograf dia, mintak dia sign di snare yang aku baru beli tetapi tak jadi sebab bodyguard dia duk usha aku atas bawah. Takleh nak salahkan la.. waktu tu aku dressup grunge ..seluar koyak, kasut koyak. Huhu. Dan waktu tu aku tertanya pada diri sendiri, relevan ke aku mintak autograf dia. Jadi aku tak jadi dan terus pulang. Bila sampai rumah, aku fikir, Tun M seorang yang minat pada permainan instrumen musik. Mungkin ada relevannya la kut kalau aku betul minta autograf signature dia.
Yang ketiga
Tahun 2006/2007 cmtu , aku hadiri rumah terbuka Tun M pada hari raya aidilfitri di The Mines, Seri Kembangan. Memang ramai. Bolehlah tengok koleksi-koleksi kereta nasional Tun M . Pastu aku pun beratur nk salam tangan Tun M. Dan waktu tu aku pakai snowcap yang ada beberapa button punk . Bila aku salam dgn Tun M, dia tak senyum pun . Dia memberi pandangan yang paling senile (aku tak tahu apa perkataaan bahasa Melayu dia) yang orang tua boleh buat. haha. Mungkin dia tak suka kut. HAHAHAHAHAHA. Bebudak punk ni la yang essential di dalam dunia politik dan perjuangan Pakatan Harapan sebelum ini, sehingga menjadi kerajaan. Mungkin sekarang dia sayang dengan bebudak punk. Mcm cikgu, dia akan sayang dengan anak murid yang paling nakal sebab budak nakal akan meninggalkan memori. Lelagi kalau dia nakal tetapi bijak.
University Of Rock & Roll, SS15,Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
A long lost music effort by me.
Was holding on for two years until both of my air-cond compressors got stolen and this forced me to close this live venue / recording studio for good.
Berantakan Live In U-Rock.
Naughty Little Lily ( Touch Me Im Sick)
Gig Yang Pernah Berlaku Di U-Rock
CUPUMANIK - LIVE IN UNIVERSITY OF ROCK & ROLL
Misgive : Live In Subang Jaya Part 1
Misgive : Live In Subang Jaya Part 2.
Misgive : Live In Subang Jaya Part3.
Misgive : Live In Subang Jaya Part 4.
Jasad : Brutal Tour 2014 Part 1. Live in Subang Jaya
Jasad : Brutal Tour 2014 Part 2. Live in Subang Jaya
Jasad : Brutal Tour 2014 Part 3. Live In Subang Jaya
Sebuah kisah pendek antara Aku, Poster Nirvana dan Campbell Music.
Rupanye.. Aku belum jual lg.. Selamat. Haha. Ada di bawah store tangga.
Poster #nirvana
ni aku beli dari Kedai Auntie Campbell ( nama sebenar : Campbell Music ) di antara tahun 2008-2010
Ada
kisah kecil pasal poster ni. Poster ni aku dh lama aim dari Auntie sejak
tahun 1998 lgi. Auntie lekat poster ni di siling kedai.Aku rasa gempak
gila kut poster ni dimana Nirvana kesemuanya mengenakan jaket kulit
hitam. Sesuatu yg agak rare utk Nirvana lebih lg Kurt utk pakai jaket
kulit hitam. Poster ni pun sbnrnye adalah
dari poster pin up/tengah majalah RIP beredisi bulan Jun 1992 dimana
i/v ini Kurt dgn jelas tidak menerima populariti yg dia alami dgn baik.
Dari tahun 1998 lagi.. aku dah offer pada Auntie nk beli poster yg
terlekat di siling tu.. Tp Auntie x nak jual.. Walaupun aku offer rm100
utk poster tu. Ok..Selepas 10 tahun, aku baru perasan
poster-poster yg ada di siling dh diturunkan,digantikan dengan baju baju
t-shirt band. Jadi,aku tanya la Auntie, mana
pergi poster Nirvana tu.
Auntie kata ada lagi,dia suh husband dia,Uncle pergi korek. Dalam 15
minit jgk dia cari. Akhirnya,dia jumpa. Aku offer rm50 nak beli poster
tu.. Tp Auntie kasi diskaun baiknye..RM15 sahaja. Wahh.. Terbaik la
Auntie.. Oleh itu,saya nk ucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2018 pada
Auntie dan Uncle Campbell. Semoga bisnes terus maju dan menjadi legend
diantara musisi-musisi dan para pendengar lagu.
Sebut sahaja ganja sudah pasti kita terbayang
keburukannya kerana ianya sering digunakan uhtuk di jadikan bahan khayal
dan berseronok.Di sebalik semua itu tahukah anda tentang kebaikan daun
ganja itu?
Terdapat lebih daripada 400 sebatian "cannabinoids" bahan ini terbukti
mampu mengubati kanser, mengurangkan kecenderungan psikotik pesakit
schizophrenia dan mengubati pelbagai penyakit kronik yang lain.
POKOK Ganja sukar hidup jika tidak dijaga dengan rapi.
Sebatian-sebatian berkhasiat perubatan tersebut
diantaranya seperti cannabidiol (CBD), cannabinol (CBN), cannabichromene
(CBC), cannabigerol (CBG) dan tetrahydrocannabivarin (THCV). Kandungan
ini tidak boleh membuat anda mabuk.
Malangnya di Malaysia, undang-undang Dadah No. 35 Tahun 2009, memasukan
sebatian-sebatian tersebut sebagai Dadah Golongan 1. Dimata kerajaan
Malaysia, sebatian-sebatian cannabinoids non-psikoaktif dianggab sama
berbahayanya dengan heroin mahupun Napza lain.
Berbeza dengan pandangan para penyelidik perubatan di dunia,
sebatian-sebatian cannabinoids tersebut mampu menjadi ubat yang selamat
dan berkesan dalam melawan penyakit-penyakit kronik. Untuk itu mari kita
lihat lebih dalam mengenai sebatian-sebatian berkhasiat menyalahi
undang-undang tersebut.
KHASIAT PERUBATAN DALAM DAUN GANJA
CANNABIDIIOL (CBD)
Setelah THC, CBD merupakan cannabinoids yang paling banyak dikaji oleh
ahli sains. Ditemukan pertama kali tahun 1940, majoriti saintis
mengatakan bahawa CBD mungkin sahaja menjadi satu-satunya cannabinoid
yang paling penting. Bahkan para saintis menganggab CBD sebagai sebatian
perubatan terbaik yang dimiliki pokok ganja.
Hasil kajian Antonio Zuardi yang diterbitkan The Brazilian Journal of
Psychiatry tahun 2008 mendapati pelbagai potensi perubatan dari
cannabidiol untuk mengubati parkinson, alzheimer, serebral iskemia,
diabetes, rheumatoid arthritis, keradangan, mual dan kanser.
Tahun 2009, saintis dari Israel dan Itali mengembangkan penemuan
tersebut dan mendapati bahawa CBD memiliki sifat anxiolytic
(anti-cemas), anti-psikotik, anti-epilepsi, neuroproteksi, vasorelaxant
(membesarkan pembuluh darah), Antispasmodic (meringankan kejang otot),
anti- ischemic (memperlancar aliran darah), anti-kanser, antiemetic
(menghilangkan mual dan muntah), anti-bakteria, anti-diabetes,
anti-inflammatory (anti keradangan / pembengkakan), dan merangsang
pertumbuhan tulang.
Martin Lee, pengasas dan pengarah Project CBD, yang menyifatkan
cannabidiol sebagai “The Cinderella Molecule”; Sebatian kecil yang tidak
beracun, non-psikoaktif dan multiguna.
CANNABINOL (CBN)
Cannabinol adalah produk ekstrak dari THC. Pertama kali ditemui saintis
pada tahun 1896. Sebatian cannabinol ditemui dapat membantu proses
tidur, mengurangkan rasa sakit mahupun kejang, melambatkan gejala ALS
(Penyakit Lou Gehrig), meningkatkan nafsu makan, dan menghentikan
penyebaran residu ubat-ubat tertentu.
CANNABICHROMENE (CBC)
CBC pertama kali ditemui pada tahun 1966. Secara khusus banyak ditemui
pada tanaman ganja yang baru dituai. Namun, kajian terhadapnya belum
dilakukan sebanyak CBD ataupun CBN.
Sebuah ringkasan jurnal-jurnal di tahun 2009 mendapati fungsi CBC
sebagai anti-inflammatory (anti keradangan / pembengkakan), anti-mikrob,
analgesik, anti-kanser, dan merangsang pertumbuhan tulang.
Kajian terbaru di tahun 2011 mendapati bahawa CBC boleh mempengaruhi hujung saraf autonomi dalam mengubah rasa sakit.
CANNABIGEROL (CBG)
Sama seperti CBC, CBG juga kurang mendapat perhatian serius dari para
saintis. Berdasarkan hasil penemuan dalam The British Journal of
Pharmacology tahun 2011, ekstraksi CBG-chemotype boleh dijadikan agen
antiseptik yang sempurna dan selamat untuk membunuh bakteria.
Kajian terbaru kemudian mendapati bahawa sebatian non-psikoaktif
tersebut mampu mengubati pelbagai gangguan sistem saraf autonomi,
termasuk epilepsi.
TETRAHYDROCANNABIVARIN
Dijumpai tahun 1970, THCV merupakan sebatian khas yang boleh ditemui pada cannabis yang berasal dari selatan afrika.
Mengikut dosnya, THCV boleh menjadi agen antagonis bagi THC (dos rendah
THCV dapat menurunkan nafsu makan) atau malah sebaliknya (dosis tinggi
THCV bermanfaat untuk proses pembentukan tulang).
Tidak seperti CBD, CBN, CBC, dan CBG, dosis tinggi THCV mampu membuat
anda mengalami fenomena “melayang atau khayal” (lebih rendah dari THC).
DAUN Ketum juga banyak khasiatnya, tetapi kini ramai yang mengunakkannya dengan cara yang salah.
Bagi saya, tumbuh tumbuhan ini juga seperti daun ketum yang sekarang ini
di kategorikan sebagai beracun kerana sikap segelintir orang yang
mengambilnya dengan tujuan untuk berkhayal dan berseronok dengan cara
yang salah.
SEORANG penghidap kanser otak dan paru-paru berumur 80an mengambil
minyak ganja setelah doktor mengesahkan dia boleh hidup hanya beberapa
minggu.
Dia disahkan bebas daripada kedua-dua kanser tersebut dalam tempoh
sembilan bulan. Hari ini setelah lebih tiga tahun mengambil minyak
ganja, dia hidup sihat serta menjalani aktiviti harian seperti orang
lain.
Ikuti kisahnya berjudul Culture Exclusive: Cannabis Cures Cancer - The Stan Rutner di Youtube.
Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical
Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu tetrahydrocannabinol
(THC) berupaya menyembuhkan kanser otak.
Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itumembuat kesimpulan,
dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan
pelbagai jenis kanser lain.
Kajian lain mendapati cannabinoid mampu berfungsi menggunakan pelbagai
mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan
kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke
organ lain).
Undang-undang dua puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan ganja untuk tujuan perubatan.
Golongan aktivis dan badan bukan kerajaan merupakan penggerak utama
dalam berkempen di mana akhirnya mereka menjalankan pungutan suara.
Pungutan suara yang ditangani oleh sebilangan penduduk sesuatu negeri
kemudiannya di hantar kepada pihak berkuasa untuk diteliti. Usaha yang
dilakukan mengambil masa yang panjang dan terpaksa menempuh pelbagai
rintangan.
Kawal penggunaan
Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara kita juga membenarkan orang
awam menggunakan ganja untuk tujuan perubatan. Sebelum kebenaran
dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci perlu dijalankan.
Antara lain yang utama ialah mengeluarkan lesen kepada pengeluar
(penanam) dan pengedar/peruncit. Pengguna perlu mendapatkan kad yang
mengandungi butir-butir kebenaran daripada pihak berkuasa contohnya
doktor perubatan tanpa prejudis.
Sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri Amerika Syarikat yang
membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, setiap penduduk
boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering
pada satu-satu masa.
Maksudnya jika seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering
lebih daripada kuantiti yang dibenarkan maka ia boleh didakwa pihak
berkuasa. Pastikan terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan
produk ganja seperti minyak ganja atau krim.
Berikut ialah rumusan utama berkaitan bancian bersifat tinjauan yang
dijalankan mantan Presiden American Herbalists Guild (AHG), Aviva Romm,
berkaitan penggunaan ganja oleh golongan responden tinjauan yang
bertaraf herbalis profesional berdaftar dengan AHG.
Untuk pengetahuan pembaca, penulis ialah satu-satunya herbalis Malaysia
yang menerima pengiktirafan sebagai herbalis profesional oleh AHG dan
berdaftar dengannya.
Namun penulis sendiri tidak terlibat langsung dengan tinjauan tersebut.
Tinjauan berjudul AHG Professional Member Survey: Medicinal Use of
Cannabis itu menunjukkan ganja (Cannabis Sativa) digunakan hampir
separuh responden untuk tujuan perubatan.
Pada masa sama 55 peratus responden tidak pernah menawarkan penggunaan ganja kepada klien untuk tujuan perubatan.
Sebahagian besar responden tidak menawarkan penggunaan ganja dengan alasan ia adalah bahan diharamkan oleh undang-undang.
Lebih kurang 80 peratus responden menyatakan mereka akan menawarkan
penggunaan ganja jika penggunaannya tidak dikekang undang-undang.
Tinjauan tersebut mendapati golongan responden menggunakan ganja secara
menyendiri tanpa digabungkan dengan herba lain dalam sebahagian besar
rawatan.
Kaedah utama penggunaan ganja untuk tujuan perubatan oleh responden ialah menyedut asap, menyedut wap dan dimakan/minum.
Penulis sendiri tidak pernah menggunakan ganja untuk tujuan perubatan
sama ada untuk kegunaan sendiri atau menawarkannya kepada klien.
Namun penulis mengetahui minum rebusan daun ganja adalah antara kaedah
utama yang dapat dijadikan penawar untuk redakan penyakit tertentu.
Pengambilan tincture iaitu sediaan herba yang disediakan dengan
merendam herba dalam arak contohnya Vodka adalah amalan yang paling
kurang dicadangkan oleh responden tinjauan.
Untuk pengetahuan pembaca, tincture halal boleh disediakan dengan
merendam herba dalam cuka atau gliserin berasal daripada pemprosesan
minyak sawit.
Tincture terutama tincture arak dikatakan adalah sediaan herba yang
paling mujarab dibandingkan dengan sediaan jenis lain seperti rebusan
dan sediaan jenis teh (herba direndam dengan air panas selama beberapa
minit) atau serbuk herba kering. Tincture cuka dan gliserin juga
sebenarnya berguna sebagai bahan rawatan walaupun kuasanya kurang
sedikit berbanding tincture arak
Kegunaan terapeutik
Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat oleh ganja seperti yang telah
diamalkan oleh responden bancian berbentuk tinjauan yang dijalankan oleh
Aviva Romm?
Laporan tinjauan beliau menunjukkan responden paling kerap mencadangkan
penggunaan ganja terhadap penyakit seperti kanser, glaucoma, keresahan
(kerisauan), kurang/hilang selera makan, rasa sakit dan insomnia.
Sebanyak 56.4 peratus responden menganggap ganja menyebabkan ketagihan,
manakala 74.9 peratus menganggap ia selamat digunakan golongan dewasa.
Bagi 78.4 peratus responden percaya ia tidak selamat digunakan oleh
kanak-kanak. Tiga perempat responden percaya ganja tidak selamat
digunakan oleh ibu mengandung.
Data tinjauan tersebut juga menunjukkan responden menggunakan ganja
untuk merawat Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit Alzheimer,
anorexia, attention deficit hyperactivity disorder, atritis, sindrom
Asperger, sakit pinggang, gangguan bipolar, body dismorphic disorder,
penyakit Crohn, ketagihan dadah, asma, tidak datang haid, endometriosis,
sawan (epilepsi), masalah ereksi, fibromyalgia, glaucoma dan sakit
kepala.
Beberapa penyakit seperti bronkitis, diabetes dan hepatitis C juga
boleh dirawat menggunakan ganja. Namun data tinjauan menunjukkan tiada
seorang pun responden yang menggunanya untuk tujuan tersebut.
Pangkalan data Natural Standard memaparkan bukti sains berdasarkan
kategori jelas, baik dan tidak jelas terhadap manfaat ganja untuk tujuan
perubatan. Manfaat yang disenaraikan oleh Natural Standard hanya adalah
sedikit berbanding dengan pelbagai kegunaan yang digunakan dalam
tinjauan AHG.
Sebahagian herbalis mengamalkan penggunaan sesuatu herba secara empiris
iaitu berdasarkan keputusan daripada pengamalan yang tidak semestinya
didahului oleh penemuan sains.
Menurut mantan pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari
(T&CM) dalam sebuah bengkel penerangan beberapa tahun dahulu, hanya
pengamal perubatan alternatif yang berdaftar dengan T&CM dibenarkan
menggunakan herba yang dikategorikan sebagai bahan narkotik. Untuk
keterangan lanjut sila ajukan soalan anda kepada pegawai T&CM.