Wednesday, September 19, 2018

Tun Dr.M & Seni.




Sempena kesemangatan Hari Malaysia ni.. aku nak cerita skit tentang pengalaman aku berjumpa (more like terjumpa) Tun Dr.M kita sebanyak 3 kali (dalam hidup) Ya Perdana Menteri kita yang ke-4 dan ke-7 kini.
Yang pertama.
Masa tu pada tahun 1988/1989, aku waktu tu tinggal di Rampai Court, Seri Rampai. masa umur aku 6/7 tahun, aku sekeluarga hadiri persembahan kanak-kanak di Micasa Hotel, Jalan U-Thant sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia waktu tu. Dan Tun M dan Tun Hasmah pun ada. Kitorang pun duduk dekat dgn dia, selang 4,5 kerusi. Tapi row berlainan. Bila selesai semuanya, aku pun bersalam dgn Tun.M
Memang happy aku dpt salam dgn dia , sbb asyik tgk dia di TV je. hehe.
Yang kedua.
Tahun 2000/2001 , aku terjumpa dgn dia di Bentley Music, Bukit Bintang KL. Waktu tu , aku nak membeli snare drum baru. Aku angkat snare piccolo Pearl. Waktu tu trend la kut .. ketang ketang ketang bunyi dia. mcm snare album St.Anger Metallica dgn Koffin Kanser. Tun M time tu tgh belek-belek saksofon.. Haha. Aku tak sure kalau dia boleh main saksofon. Mungkin dia nak belikan untuk salah satu cucu dia. Bersungguh aku tgk boss Bentley bg keterangan. Memula aku rasa aku mcm aku nk minta autograf dia, mintak dia sign di snare yang aku baru beli tetapi tak jadi sebab bodyguard dia duk usha aku atas bawah. Takleh nak salahkan la.. waktu tu aku dressup grunge ..seluar koyak, kasut koyak. Huhu. Dan waktu tu aku tertanya pada diri sendiri, relevan ke aku mintak autograf dia. Jadi aku tak jadi dan terus pulang. Bila sampai rumah, aku fikir, Tun M seorang yang minat pada permainan instrumen musik. Mungkin ada relevannya la kut kalau aku betul minta autograf signature dia.
Yang ketiga
Tahun 2006/2007 cmtu , aku hadiri rumah terbuka Tun M pada hari raya aidilfitri di The Mines, Seri Kembangan. Memang ramai. Bolehlah tengok koleksi-koleksi kereta nasional Tun M . Pastu aku pun beratur nk salam tangan Tun M. Dan waktu tu aku pakai snowcap yang ada beberapa button punk . Bila aku salam dgn Tun M, dia tak senyum pun . Dia memberi pandangan yang paling senile (aku tak tahu apa perkataaan bahasa Melayu dia) yang orang tua boleh buat. haha. Mungkin dia tak suka kut. HAHAHAHAHAHA. Bebudak punk ni la yang essential di dalam dunia politik dan perjuangan Pakatan Harapan sebelum ini, sehingga menjadi kerajaan. Mungkin sekarang dia sayang dengan bebudak punk. Mcm cikgu, dia akan sayang dengan anak murid yang paling nakal sebab budak nakal akan meninggalkan memori. Lelagi kalau dia nakal tetapi bijak.


No comments:

Post a Comment

Melawat Pink Floyd di Cambridge (27 April 2019)

di pekan Cambridge.  Pada 27 April 2019, aku melawat rumah rumah lama Syd Barrett, Roger Waters, dan David Gilmour di Cambridge.  ...