Thursday, January 11, 2018

Busker : Movie Screening at Cineleisure , The Curve.





Pada 7 January 2018 , aku berjaya menyambar/mengecop tiket terakhir dari Ejad Royalbutter yang diiklankan oleh beliau di dalam group Royalbutters. 


Jadi pada esoknya , aku pun bergerak ke Cineleisure selepas waktu bekerja.
Tiba disana jam 8 malam. Berjumpa dengan Ejad Royal serta Reban Royal.

Reban,Ejad,J.K
berselfie dgn Chezz MusicSoundRhapsody (kiri) dan Ejad Royalbutter
orang pun dh mula ramai. ni fan punye screening. 


Tepat jam 9.30 , cerita pun bermula. Secara purata, aku bg movie ni 4 Bintang. 
Aku bagi 4 bintang bukan pasal story dorg ni hebat tetapi cerita ni bersahaja dan santai, dan aku enjoy every minute of it. Aku bukan orang filem pun nak komen filem tapi suka hati aku la nak bagi 4 Bintang. ghahahaha

Sebuah kisah cinta antara budak-budak kolej. Lakonan masing-masing mantap. Lakonan Hafeez Mikail boleh tahan. Karakter acah-acah misteri, pembawaan beliau menjadi. 

Lakonan Daiyan Trisha pun natural. Daiyan Trisha pun bermula sebagai penyanyi indie. Aku masih ada video Youtube beliau perform dengan band lama beliau, Society di Petaling Jaya. Two-man band. Aku prefer dia berlakon lagi. Ha ha. NAMUN, beliau juga ada menyanyi satu dua lagu sebagai soundtrack dalam filem ini dan sedap pula suara dia. Dah prektis dan ambil latihan vokal kut :). 

Lakonan Mas Khan pun bagus. Berjaya buat aku menyampah dengan dia dan lepas tu, rasa kasihan pulak dekat dia. Skrip mamat ni pun lawak gak. Lawak Angkat Bakul Sendiri memang win. Haha. 

Lakonan Anas Ridzuan yang paling aku suka. Bersahaja je. Lawak dow kau. hahaha. Lakonan Anas Ridzuan pun mcm spontaneous habis. So aku nak beri pujian pada tukang skripwriter. Good skrip. Untuk semua characters yang ada. 

Karakter Bulan pun aku minat. Rock chic yang bersahaja. Dia punya bersahaja buat aku geram dengan dia hahahha. Drummer-chic yang amat KOOL pembawaan dia.

Lagi satu aku suka cerita ni, ialah lokasi dia berlaku di Johor Bahru. Banyak tempat menarik sebenarnya. Artsy. Aku lahir di bandar ini tetapi tak pernah menetap di bandar JB ni.. maka, terimakasih kepada filem ini , tunjuk bandar Johor Bahru ni macam mana. 

Mengenai OST filem ini, ia dikelola oleh Monoloque. Setengah dari lagu-lagu OST dari artis lain seperti OAG . Setengah lagi lagu-lagu utk OST Busker ini dicipta oleh Loque sendiri. Lagu paling favorite ialah lagu Atma Jiwa, lagu ciptaan Loque . Aku betul-betul suka dan enjoy dengan kesemua lagu yang dimainkan dalam filem ini. CD OST Busker ini wajib kita beli dan simpan. 

Selepas selesai screening, kitaorang pun beramah-mesra/swafoto dengan artis-artis yang ada. Artis yang tak datang screening haritu hanya Anas Ridzuan. Aku bebetul nak ambil gambar dengan dia. haha.  Tapi dia takde. Its OK. Dapat gambar dengan Daiyan Trisha dan Monoloque.
Gambar Atas : Reban & Ejad Royalbutters . Gambar Bawah : Fiona & Kadir Chan

Daiyan Trisha


Bulan & Daiyan Trisha
MonoloQue & Ejad Royalbutter

Royalbutters + John Kurt bersama MonoloQue

Dan tiba-tiba, produksi Astro Shaw nak interview aku, nak tanya pandangan aku tentang filem Busker. Aku ajak Ejad sekali. Ha ha. Aku sembor je la. hehehe.


... sekali , sudah di Insta la video interview ni. Boleh tengok bawah.
Sekian. 

No comments:

Post a Comment

Melawat Pink Floyd di Cambridge (27 April 2019)

di pekan Cambridge.  Pada 27 April 2019, aku melawat rumah rumah lama Syd Barrett, Roger Waters, dan David Gilmour di Cambridge.  ...