Tuesday, February 7, 2017

MY Rockstars Stories : Uncensored.


 
Gambar Rockstar Luar hanya sebagai hiasan


Malaysian Rockstars Stories : Uncensored
Current mood:http://x.myspacecdn.com/images/blog/moods/iBrads/happy.gifcalm
Benda - benda yg memang berlaku sekeliling aku. 

Dirangka pada tahun 2006 dan di tahun 2011. Apa yang ditulis adalah menggambar situasi pada waktu dahulu (pada pendapat aku). Kini situasi,pandangan telah berubah. Tidak bermaksud mahu mengguris sesiapa. Ini adalah luahan bodoh semasa aku muda dahulu. Mungkin kita boleh belajar sesuatu dari sini.
Satu - aku menipu bila start main drum. beritahu yg aku boleh main. ended up kt studio, MMG boleh main pn. 

Dua - 1st gig aku (Unditified : grunge band ) berlaku di gig ber genre Hardcore. masa main, seorang je supporter (Hafidz- Khottal/The Rhaman/Chaise Longue) yg berpogo . Thanx bro. ko buatkan kami tidak keseorangan. 

Tiga - sepanjang berkarier sebagai Cameraman , byk artis dh yg aku tangkap gambr bersama.. tetapi 2 orang je buat aku bangga iaitu Papa Rock ,Pak Ramli Sarip dgn Pak Kassim Masdor , orang lama music Malaysia.

Empat - Rakan ku , Leji (Gelombang/Old Parasite) pernah berdialog dgn Loque Mentega yg berbunyi mcm ni .. " Emmph mcm ckp dgn dinding " . Loque balas " Ohh itu style " . haha. caya la korang dua. 

Lima - aku agak kurang percaya tp somehow aku pernah perform satu stage dlm satu band dgn Alang FLU/MUZE/Sphere. hmmm. percaya x? 

Enam - Sekali je dlm hidup aku , orang yg aku x kenal dtg kt aku, ckp nk ambik gmbr sesama. pastu belah. Berlaku di Segamat. 

Tujuh - dlm 15 minit , aku nmpk 3 bji patrol car psng lampu di lokasi berasingan. Lepas tu aku spend time seminggu dlm lokap. Cukup syarat rockstar! bitches! 

Lapan - 1st time dgr The Bollocks , aku bagai di rasuk. hari2 aku dgr Ep Revolution (original kay siap tulis ' Plz pay not more than RM3 ' ) .. ntah-ntah, di Shah Alam aku housemate dgn Tom, bassist Bollocks. 

Sembilan - Hari yg aku nk rekod 1st demo dgn Unditifed , aku telah eksiden la. tp nasib baik kereta aku je yg teruk.

Sepuluh - Semua band kawan-kawan aku telah support ,pogo,terkinja-kinja sebab ..kesian dorang , main cm patung. 

Sebelas - Tp bila aku main, duk jauh-jauh. tak pun bila drums aku terkedepan , x der sorang pn yg tolong. padahal 2 langkah dh boleh tolong tolak balik drums tu. ada sekali,nasib baik la Boy Slicepin Daze tolong tolakkan.then i know which is friend or foe. . padahal kalo time depa perform, ada masalah teknikal, aku lah yg pertama nk tolong.. haha.. manusia. skg aku hanya tersenyum.

Duabelas - Jikalau aku beri peluang waktu tu, Bloodymary akan perform buat pertama kali nya di KL di Gig Grunge Fest pt 1 tahun 2000 dahulu. tp aku bodoh .discipline x kena tempat. :) aku tak bg can padahal diorang mmg mintak bebenor la! err, bro Meor Muck pun ada skali.

Tigabelas - Dari gig tu jgk , aku kena fcuk dgn Zack ex Cassandra. Waktu tu dia band Hardcore  yg bernama Foreground Division ke tak pun Groundless Victim ..aku lupa. Pasal dia x dpt nk main gig sbb masa dh habis. tokey dh nk start bisnes.

Empatbelas - dari grunge fest pt 2 2002 di teratak dangdut , aku hanya bermodalkan rm200 shaja, tp aku untung RM4000. :).tp mana duit ntah.

Limabelas - pada tahun 2000, Batak 18SGG selamatkan duit aku dari kena tipu dek tokey COlors pasal dia ckp crowd pecahkan lampu.tp Batak check, lampu ok je. so fast forward 5 tahun ke depan, 2005, aku jd drummer band dia.

Enambelas - Loque ckp ngn aku sekali " Kalau kat Malaysia ni Sehar , kita kena buat music secara guerrilla! mesti jadi CHe!! " zmn Bilek Bedah. 

TujuhBelas - Aku pernah layan buku 'Sex for Dummies' milik Loque. heheh.

LapanBelas - Aku pernah satu band dgn seorang kawan yg gifted, talented buat lagu tp willpower x der. ntah hapa-hapa focus dia. dan dia tak evolve. dgn dak Universiti dia je yg dia lepak selalu dari dulu smpi la skg. bukan nk lepak dgn kaki music ke, kaki buat event ke. tp ok la, skg dia bznz.

SembilanBelas - AKu pernah meng'Audition'kan diri utk Subculture..haha.dan dgn Saljo , suami Shasha Elite. Dia nk buat band.

Duapuluh - Noh Hujan pernah ckp ngn aku " Hip Hop best dow..." . aku cangak. 

Duapuluh satu - Jason Lo sound aku kt aku .." Makan banyak " . waktu tu PanGlobal buat gathering bands tuk terangkan projek diorang yg dlm in mind. Pastu ada la makanan..hehehe. Melantak la.

Duapuluh Dua - Payment band Disagree yg aku x jelaskan. Payment Gig Grunge part 2. bukan x nk byr.. tp dh terguna pastu trus burn. hehehe ( single baru Disagree agak boleh layan la...)

Duapuluh Tiga - M.Nasir emo gila masa meluahkan perasaan gerangan aku bertanya tentang band Search pasal kenapa Search x pernah main Live kt Indonesia. 

Duapuluh Empat - masuk ni dh tujuh orang ckp muka aku cm Will Smith. 

Duapuluh Lima - Beberapa jam sebelum aku kena lokap , aku bercakap kt Leji " Leji, kita balik ni, kita layan video The Doors" . Hajat aku tercapai sbb berjaya pegang geriji besi lokap hari tu.

Dari dulu , kalo aku suka perempuan tu, mesti Sagittarian.

Dua puluh tujuh - Depan mata aku , Winder Love Me Butch terkoyakkan head snare sebanyak dua kali masa gig zmn 2000 di La Viva.

Dua puluh lapan - Aku , Joy dan seorang yg aku tak kenal sedang berpogo . Kami bertiga sahaja yg pogo utk band favourite  , Slicepin Daze , yg ketika itu drummer Slicepin Daze ialah Zahid , juara AF yg ke 2.. ke 3 ?.Gitaris/vocalist/band leader Slicepin Daze iaitu Nizam masuk OAG selepas diajak oleh Radhi. Caya r Zam. Tp jodoh dgn OAG tak panjang... maka, Nizam masuk Subculture, another legend.  

Dua puluh sembilan - Ham SCTS pernah ckp ngn aku " Ko yg buat grunge fest kt uptown tu?.. Ko legend wei!!.. kitaorg igt x ramai, sekali ramai beb!" ... tercangak kejap aku.

Tiga puloh - Dekat Tea-time , aku, Meng dan Kong LMB bercerita citer hantu smpi kitaorg takut nk balik umah.tunggu smpu subuh.haha.Itu yg kedua.Yg pertama kali smpi takut nk balik juga masa dgn Nizam OAG dan Hafidz Khottal.. hahahah.

Tiga puluh satu - Ntah x semena-mena , Harry Bittersweet bengang ngn aku kot .aku pun x tahu apa pasal. Mungkin aku terrosakkan PS 2 dia kot. Sbb time tu aku pasang DVD kt PS2 dia. DVD Brokeback Mountain. haha. aku nk skip/ forward dari part ranjang tu,aku x nk tgk,tp sumhow... stuck daaa..  terus kaput.Lg satu , camne la DVD Brokeback tu ada kt studio?.. hmm

Tiga puluh dua - Aku pernah mention kt PG Private Whizz , yg kita perlu satu band yg boleh tukar dunia music Malaysia secara mainstream. Waktu indon gila babi invasi halwa telinga rakyat kita. beberapa tahun lepas tuh, HUJAN muncul. the rest history.

Tiga puluh tiga - Artikel aku mengenai The Bollocks pernah keluar ROTTW . aku saja hantar. terkeluar la plak!! haha. tp heran,  x der inisiatif nk bg payment sikit ke ape ke... 

Tiga puluh empat - Aku dan Fairuz Heterodox dah sound Bad BHS .." Bad , ko x leh buat phonograph jdk scratcher!! tak boley!!! " tp dia buat jgk. skg dh ada studio dh mamat tuh... gempak.

Tiga puluh lima - aku pernah dgr album 1st 18SGG dan aku x suke.dh pegang, tp last 2 x jdk beli dari Auntie . hahaha. mungkin berharap mcm material 1.2 Milli  pada zmn tuh. tp skg dgr balik, layan jgk. tunggu material terbaru nnti insyaallah. :)

Tiga puluh enam - Jika korang perasan dulu kt Kedai Auntie, zmn dia tampal poster kt dinding dia, ada satu poster Nirvana satu band tp dress-up Jacket kulithitam... perghhh... pada tahun 2001, aku pernah offer Auntie rm 50 utk poster tuh,tp Antie x nk jual... tp bila aku dtg kedai Antie tahun 2007, aku tgk poster semua x de. yg ada skg tergantung baju2 band. AKu tanya Antie, poster Nirvana tu ada lg ke?.. dia kata ada dan dia jual  kt aku rm 10 je. hahaha/ kalo nk tgk poster tuh, sila dtg ke Bluesbred Studio, D.U

Tiga puluh tujuh - aku pernah teman band Naratu pergi rekod demo buat kali pertamanya di studio Rhythmix Studio, subang. pada tahun 2000. smpi aku tertidur dalm studio.hahah. skg yg ori tinggal 2 je. tp line up baru ni lagi best dn skg band ini adalah antara band yg ramai orang tahu dlm genre hardcore metal.


Dikarang pada tahun 2010
Tiga puluh lapan - aku dh belah 18SGG. hehehe. 

Tiga puluh sembilan - sekarang gua jadi drummer Round Robin. hehehe.

Empat Puluh - aku bertemu dgn Arwah OZ ( Republic of Brickfields/Naked Butterfly) tahun 2007. masa tuh Napalm Death dtg KL buat kali kedua. 1st time aku jumpe dia. sesorang. dia layan sembang ngn aku. baru tahun nie aku dgr dia dh meninggal (2010). al fatihah ke Arwah Oz.

Empat Puluh Satu - 18sgg adalah band yg perasan dia bagus. tu je. they are old . itu je. rasa dh capai stardom, tp sbnrnye... dari mula, tak best pun. juz happen to be they are surrounded by rockstars. itu je.  they are more like a pornstar than a rockstar. Guys, beware . jgn bwk gf korg if gf korg cun tak hengat dan ada sexy body. seriously, dont. tak percaya ? Tanya Liyana Fizi. hehehehe. Oh yeah, beware with the short one too... hehhee. Cepat cair ngn pompan, even hodoh mcmmane pun huhu. Lagi satu , dorg ni pengecut sebenrnye. aku ada upload vids 18sgg kt profile ni, pastu dorg tak suke, dorg maki aku kt Wall Page awek aku yg ramai kawan aku kenal. Jibake. (Latest 2017 : kita org ok balik. jumpa Batak di ROckaway.. tegur dia.. baik je. Honque pun sama .. penah dtg jamming di studio dia lepas 5 tahun tak jumpa. Dengan RIzmal aku ngam.. sempoi.)

Empat Puluh Dua - Mohd Jayzuan perli aku pasal aku komen panjang sgt mcm karangan kt gmbr yg aku kena tag with several friends including him.. as if dia perli aku la mcm aku nk bodek kengkawan, but 1st of all, DIA DAH HASIL KAN BUKU KOT~~well dia mmg rockstar. hehehe. Jay, aku dh baca abis buku hang. mmg menarik. penuh ilmu (tmpt makan best2) dan mengajar aku apa erti susah. BUkan aku x penah susah, tp , seperti kau, aku pun x tau apa yg aku carik. Kalo hang terbaca nie, minta maaf la no.. kita dari dulu mmg tak rapat sejak dari dulu lg. aku tahu. aku dulu berpeluang nak rapat tp memandangkan ketika dahulu, aku lebih rebel dlm isu Bodysurf-Seattlewangsa sblm nie. JIka boleh patah balik, aku akan dapati ko seorang karakter yg menarik utk aku kawan. Well, kita still sembang kn kalo jumpe. hehe.

Empat Puluh Tiga - Pada KL Tower Indie Fest (2010) , aku berpeluang lepak ngn Radhi OAG  sbb time tu aku lepak ngn Faiz Muzik Muzik , dia nk interview ngn Radhi nie. Sebelum tu kitaorg dh lepak ngn abg2 Kugiran DTepi Pantai . Bob Pilgrim pun ada.. somehow,dia pandang aku mcm tak suke aku, even aku ngn dia tak pernah pun bercakap. hahaha . Pahala lagi aku dpt. k la. Back to Radhi, masa Faiz nk mula interview, Radhi mcm nk selesa kan diri dia ketika tu, dia capai spek yg ada atas meja lalu memakainye dan berkata pada Faiz dan aku, .." Baru Rockstar mcm nie, paki spek bile kena interview"...mcm tu la lebih kurang dia cakap.. tp dlm hati aku, KO MMG dh rockstar dh. hehehe. Ko siap bg statement kt Utusan Melayu dgn tajuk " Saya Sudah Berhenti Kokain" . Ha HA. Lu mmg rockstar Radhio. 

Empat Puluh Empat - Senang citer , Loque, tu stone kuat (masa bujang) . dan dgr kata, layan batu juga la. tp aku tak pernah nmpk. juz aku layan Husin je ngn dia.. terbaring lalu dia interview aku samabil dua2 terbaring. Dia interview la.. bila gig Butterfingers yg terawal yg aku pernah pergi...  ,mana la aku nk pergi, hostel kot... Aku budak Hostel kot.. hahaha. tp skg, dia dh maju. dah berubah. dah canggih lagi. Semoga maju jaya loque.

Empat Puluh Lima - Aku meluat sial ngn bebudak Sphere, especially Yob la. mcm bagus je. at least Alang kool la jugak. pastu tak pasal aku kena tuduh bagi banjir studio. fuck u Yob. ko sbnrnye yg tak tutup paip. TUhan tu Maha Adil, dh banjir lagi aku dgr. hehe.eh eh, buat pe aku citer pasal dorang ni??? Rockstar ke?... nope, syiok sendiri like the rest of us. Pullstop. (Latest 2017 : aku dh ok dh dgn Yob.)

Empat Puluh Lima - Lobo, drummer Deepset pernah ubahsuai casing pedal aku dari tidak berengsel ke berengsel.. Thanx Lobo. aku rasa terharu seorang rockstar (Malaysian Post Rock Hero) menolong aku. thanx again Lobo @ Azman.

Empat Puluh Enam - Zack PArtician (Komplot/Kapal Selam/Just Antidote)  tumpah bong masa kt Bilek Bedah dulu tp tak pasal dia ckp aku yg jatuhkan , mentang2 aku stone sebelum dia...hehe. Damn it, aku terlalu stone, aku mengiyakan saje dan bersihkan lantai padahal dia yg jatuh kan. Sneaky bastard. U got me.. tp x de hal la Zack, hang pun dh berubah. Clean. sama la kita. Kita cool  je.haha.. lawak la mengenang balik

Empat Puluh Tujuh - Wan (Otherside Orchestra/Muze ) pernah tak puas ati ngn aku pasal tak bg ada  awek chia ni stay pasal dia nk toron. Minah tu pulak lampu merah, mmg dia x nk la. tp Wan insist juga... tp aku tak bg, lalu aku hantar balik bohsia tu.. time ni Wan tak kawen lg . bujang. aku pun baghal... biar je lakan... dh mmg bosia.. tp aku masih x phm tu, dh merah pun nk juga?..  . Apa apa la... yg aku tahu Wan dh kawen dan punyai anak yg sgt comel dan indie. Dan Wan , Linda happily ever after. yeah! 
Dirangka pada tahun 2017
Empat Puluh Lapan - Aku penah chai utk Loque di Synchrosound.. tahun 2004 kut .
Empat Puluh Sembilan - arwah Zac Partician puji aku terer main drum masa show di Johor… lepas tu aku terjumpa dia di USJ.. last aku jumpa. A few months after that… dia meninggal.
Lima Puluh - Berpuluh ribu dh aku abis duit pada muzik… Enough is enough kut.
Lima Puluh Satu - Aku dapat tgk Radiohead live di Osaka, Japan. Satu pengalaman yang indah.
Lima Puluh Dua - Band grunge kedua terbesar Indonesia , Cupumanik , pernah tido umah aku akibat organizer tak sedia hotel.
Lima Puluh Tiga - Emmett Butter bagi signature kepada semua cd album Butterfingers. Terima kasih pada Joules Tajudin set up pertemuan.
Lima Puluh Empat - Hampa dgn show Rockaway, Butterfingers.
Lima Puluh Lima - Round Robin dapat offer under label recording atas pertimbangan orang mabuk ketika itu, Arnie Monteiro.
Lima Puluh Enam - Founder Round Robin mati awal.
Lima Puluh Sembilan - bro Kombat / Kugiran D'Tepi Pantai main show U-Rock aku secara percuma. terima kasih bang... memahami.


Enam Puluh - Aku penah lepak layan barbecue dgn Marion Caunter... dia dari ofis... ketiak ada bau skit. serious.

Enam Puluh Satu - Ida Nerina penah maki aku dgn journalist aku. Dia sentap pulak dgn soalan yang diberi. Waktu ni aku keje tv3.. setahun lepas tu aku dgr dia dh paralysed.

Enam Puluh Dua - Billy Corgan / Smashing Pumpkins penah dtg malaysia main show. tp bosan skit sebahagian besar setlist dia. nasib baik dpt pic guitar Zero dia.

Enam Puluh Tiga - aku penah tgk Incubus di Sunburst... gila la... org melompat-lompat mcm lautan laut. Takkan dpt di Rock The World.

Enam Puluh Empat - aku tgk Metallica di Singapore... balik tkde transport... kita org berjalan 10 kilometer , barulah ada teksi kesian... berhenti. dammit.

Enam Puluh Lima. - tahun 2000 , aku bawa Naratu rekording di Rhythmix Studio.... Naratu 1st material... smpi tdo dlm studio masa dorg recording.

66 - Apa yg korg baca ni... Situasi dh berubah...Aku dh ok dgn semua org .Ini hanyalah reading for fun. Do not take it seriously.

No comments:

Post a Comment

Melawat Pink Floyd di Cambridge (27 April 2019)

di pekan Cambridge.  Pada 27 April 2019, aku melawat rumah rumah lama Syd Barrett, Roger Waters, dan David Gilmour di Cambridge.  ...