Tuesday, February 7, 2017

Round Robin Band : Sebuah Kisah Rock N Roll.



PERMULAAN


Sys-Ex Studio , SS19, Subang Jaya.

Round Robin telah bermula pada tahun 2006 dimana pengasasnya yg bertanggungjawab memulakan band ini ialah Afif Nordin atau lebih dikenali sebagai Pax Pako @ Pako Rudin.

Band ini bermula di sebuah kolej matrikulasi di utara tanah air, iaitu di Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah. Pada mulanya, Pako ingin mencari rakan rakan yg mempunyai minat yang sama dengannya, maka dia mencari barisan yg sesuai. Setelah bergaul dgn rakan-rakan baru di kolej, dia berjaya menjumpai rakan-rakan yg mempunyai minat dan agenda yg sama. Antara mereka adalah Bob atau Syahmi Rawi, Gempak, Bush, Adi Fawwaz dan Faiz.Masing-masing mempunyai peranan dgn Pako sebagai bassist, Bob sebagai drummer, Bush dan Adi Fawwaz sebagai gitaris, dan Gempak dan Faiz sebagai keyboardist. Kadangkala posisi mereka bertukar antara satu sama lain kerana band ini masih muda dan masih mencari arah tuju dan mencari penentuan pasti utk posisi. Band ini hanya sebuah band jamming.
        
Tetapi waktu ini adalah foundation band Round Robin itu sendiri. Nama Round Robin belum lagi ditemui. Pengajian Pako diperingkat matrikulasi menemui kegagalan. CGPA akhir dia dibawah 1.0, berbanding dgn Bob yg berjaya menyambung pengajian peringkat ijazah ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Pako dikatakan ponteng kelas sehingga tamat pengajian.


Pako sebenarnya seorang yang bijak dan pandai orangnya. Beliau dikatakan seorang yg nerd, dan selalu bersama buku-buku untuk ditelaah. Kerajinan beliau berbaloi sehingga dia berjaya memasuki Sekolah Menengah Sains Alam Shah selepas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dgn keputusan 8A.


Sekolah berasrama penuh ini adalah sebuah sekolah yg berprestij di Malaysia, tetapi dimana entah silapnya, Pako ditendang keluar dari Alam Shah ketika di Tingkatan 5. Dia menyambung pengajian dan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah menengah biasa yg berdekatan dengan rumahnya di Sungai Buloh, Selangor.


Pako mendapat 7A dalam peperiksaan SPM dia . Seorang yg bijak, beliau berjaya ke peringkat matrikulasi . Peringkat matrikulasi adalah peringkat sebelum bersambung ke peringkat ijazah. Peringkat ini mengambil masa setahun setengah, iaitu tahun awal 2005 hingga pertengahan tahun 2006.


Seperti yang dinyatakan diatas , foundation Round Robin berlaku di kolej matrikulasi ini, sepanjang pengajian mereka. Tetapi titik habisnya tahap foundation ini mempunyai sebuah kisah yg menarik.  Selepas hampir 2 tahun, mereka berjaya tamatkan pengajian matrikulasi ini , sudah tiba masanya untuk pulang.  Tetapi sebelum pulang, mereka sempat melakukan sesuatu unthinkable iaitu melakukan rompakan instrument-instrumen hak milik kolej itu. Untuk pemberitahuan , Kolej Matrikulasi Changlun mempunyai instrument-instrumen muzik utk kegunaan event-event atau keramaian.  Bahkan kolej itu mempunyai ruang atau bilik untuk jamming.  Seminggu sebelum pelajar-pelajar semua pulang , mereka melakukan rompakan ala ‘Ocean Eleven’ dengan berkesan. Mereka yg dimaksudkan ialah Pako, Bob,Gempak,Bush dan Faiz.


Melalui bumbung, mereka memasuki bilik instrumen sementara yang lain bertugas memerhati keadaan. Usha line orang kata. Nasib mereka baik kerana sekuriti pada malam itu agak longgar kerana kolej itu sudah pun  di dalam mode mula bercuti sebelum pengambilan intake baru.  Mereka membawa kesemua instrument berikut ke luar kompaun sekolah , disimpan dirumah rakan mereka. Instrumen yg dicuri ialah sebuah gitar bass dan 2 buah gitar elektrik. Tetapi menurut cerita , Pako tidak membawa pulang gitar bass tersebut. Dia membenarkan yg lain membawa pulang instrumen-instrumen walaupun dia yg merupakan mastermind disebalik ‘rompakan’ itu.


Kehilangan instrumen-instrumen itu hanya disedari apabila kolej matrikulasi itu dibuka semula untuk pengambilan pelajar-pelajar baru. Sampai sekarang , pihak kolej tidak mengetahui siapa yang telah mencuri barangan itu semua.


ASPIRASI & GIG


Setiap manusia mempunyai aspirasi utk melakukan sesuatu. Pako mendapat aspirasi utk menubuhkan sebuah band dari seorang gadis  yg dia minati tetapi dia hanya bertepuk sebelah tangan, cinta tidak berbalas. Nama gadis itu ialah Madihah. Pako mengenali Madihah dari zaman sekolah rendah. Ketika di Tingkatan 1 , Pako telah meluahkan perasaan beliau kepada Madihah tetapi Madihah menolak. Apabila Di Tingkatan 4 , Madihah memasuki sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Maktab Rendah Sains MARA dan Pako memasuki Alam Shah. Semasa di Kolej Matrikulasi Changlun , kedua mereka bertemu lagi tetapi masih , cinta Pako tidak terbalas. Lalu dari itu , Pako teraspirasi untuk menubuhkan sebuah band dimana lagu-lagu ciptaan beliau banyak mengisarkan kisah cinta yang gagal.


Nama Round Robin mula digunakan pada pertengahan tahun 2006 setelah Pako memasuki sebuah kolej multimedia iaitu Multimedia College dgn mengambil diploma jurusan teknologi multimedia. Waktu inilah , Pako mulai serius untuk menubuhkan sebuah band dan memasuki arena dunia muzik indiependen tempatan.  Pengakhiran tahun 2006 juga adalah sebuah tahun permulaan kegilaan muzik Indie yg selepas itu dinamakan Indie Boom Year. Kugiran Hujan juga bermula pada waktu ini.  Pako mendapati nama Round Robin menarik untuk dijadikan nama sebuah band apabila dia membelek sebuah kamus bahasa Inggeris . Pako tertarik kepada makna Round Robin yg membawa makna kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan


Pako menghubungi rakan-rakan lama kolej matrikulasi beliau, menyatakan keinginan beliau untuk menubuhkan sebuah band dan dia memerlukan mereka utk merealisasikan band itu. Mereka yg dihubungi ialah Bob dan Gempak.  Kedua mereka bersetuju.  Bob juga menyarankan kepada Pako agar mengambil seorang lagi gitaris yg  boleh bertindak sebagai pemain rhythm gitar. Bob mencadangkan mengambil rakan sekolah beliau iaitu Acap. Pako bersetuju .Lalu , barisan awal ialah Pako sebagai bassist serta vokalis , Gempak sebagai  lead gitaris, Acap sebagai gitaris kedua dan Bob sebagai drummer

Gig pertama Round Robin adalah di Landmark Mall , Johor Bharu, Johor .  Jauh sungguh gig pertama Round Robin . Perjalanan dari Changlun Kedah hingga ke Johor Bharu, Johor sungguh memenatkan namun mereka semua begitu bersemangat  Gig kedua mereka buat tahun 2006 ialah sebuah Pay To Play gig di Tunestone Studio , Klang. Untuk tahun 2006 , hanya 2 gig sahaja persembahan mereka.


Pada awal tahun 2007 , Gempak telah ditendang keluar diatas kemelalutan cara beliau bermain gitar. Pako tidak berpuas hati. Gempak juga tidak mempunyai komitmen untuk terlibat didalam sebuah band. Acap juga lebih awal keluar dari band setelah beberapa bulan didalam Round Robin. Sebelum tahun 2007 , Acap keluar dari band setelah mendapati beliau mempunyai perbezaan kreatif dgn Pako lebih lagi Pako bertindak sebagai pencipta lagu sekaligus sebagai founder band ini.


Setelah kedua dari mereka keluar dari band , Pako menghubungi Bush dan Aidil , yang juga merupakan rakan lama beliau di Kolej Matrikulasi Changlun. Bush dan Aidil bersetuju untuk mengisi kekosongan posisi gitaris lead dan rhythm.  Lalu , Round Robin pun mula membuat persembahan dgn barisan terbaru. Tahun 2007 menyaksikan Round Robin bermain sebanyak 6 buah show.

Sekali lagi , pada akhir 2007 ,  barisan Round Robin mengalami perubahan.
Bush dan Aidil mengambil keputusan untuk keluar dari band atas sebab tertentu. Bush bertindak sedemikian kerana ingin memberi lebih fokus kepada pelajaran beliau di peringkat ijazah. Pako agak kecewa dengan keputusan Bush kerana Bush adalah seorang lead gitaris yg bagus dan menepati citarasa Pako.


Aidil keluar dari band kerana bapa beliau tidak membenarkan beliau bermain muzik. Agak susah apabila Round Robin untuk berkumpul dan praktis . Selalunya Aidil terpaksa ‘menyeludup’ keluar gitar kepunyaannya dari rumah, tanpa pengetahuan bapanya. Setelah menilai dari sudut tertentu , Aidil mengambil keputusan untuk keluar dari band. Dia tidak mahu memperlahankan perjalanan band disebabkan dirinya sendiri dan dia akur dengan kehendak orang tuanya untuk tidak bermain muzik. Pako faham.  Dia redha dengan keputusan Aidil.


Pada tahun 2007 juga menyaksikan Pako Rudin mengadakan gig bersama beberapa rakan beliau yg lain di Tunestone Studio, Klang. Band yg baru ,jika susah utk mendapatkan slot persembahan di sesebuah, beginilah yg akan berlaku iaitu dengan mengadakan gig sendiri.


Ketiadaan Bush dan Aidil telah diganti oleh Ku Amirul yg bertindak sebagai rhythm gitaris. . Ku Amirul juga akan menggalas tugas menyanyi. Sebelum ini , lagu-lagu Round Robin di gig atau show dinyanyikan oleh Pako Rudin sendiri sambil bermain bass. Tiada masalah utk Pako Rudin kerana beliau sendiri yg mencipta lagu dan lirik.  Pako mengenali Amirul ketika Amirul berkunjung melihat Round Robin perform di sebuah gig . Ku Amirul adalah rakan kepada rakan Pako .  Maka , pada tahun 2008 ,  anggota Round Robin adalah seramai 3 orang sahaja. Di bahagian posisi lead gitaris , ia akan diisi oleh pemuzik sesi.


Pako membuat keputusan memberi Ku Amirul peluang menyanyi dan sebagai gitaris kedua kerana Ku Amirul mempunyai paras rupa yang kacak dan berketrampilan. Bagi Pako ini adalah satu kelebihan bagi Round Robin utk mengumpul peminat lebih lebih lagi dari kalangan peminat perempuan.  Keupayaan Ku Amirul menyanyi juga bagus. Mencapai tahap par yg ditetapkan oleh Pako Rudin. Kemasukan Ku Amirul berlaku selepas beberapa audisi yang dilakukan oleh band.


Pada 6 January 2008 , Round Robin telah berpeluang utk bermain di sebuah gig di Annexe , Central Market yang dianjurkan oleh Vain Music.  Vain Music adalah sebuah event organizer yang di ketuai oleh rakan Pako , iaitu Kurt Fathul. Dan senarai band-band yg menyertai gig ini adalah Hujan , Y2K , Green Paver  ,  Round Robin, Slinky Slob, Bottlecapt, The O.D , Frasa ,Awan Band. Sebuah senarai band yg menarik lebih lagi Hujan , antara band Indie yg meningkat mendadak popularity mereka . Sehingga kini, Hujan adalah antara band indie yg paling tersukses selain Bunkface . Jumlah kedatangan mencapai ribuan utk gig ini. Satu pencapaian tertinggi dan diluar kotak bagi sesebuah gig yang diadakan.


Yasin Pitahati di kibod.


Melihat keadaan ini , Pako Rudin dan gerombolan beliau keseluruhan agak kaget utk melakukan persembahan dihadapan ramai manusia yang berkunjung.  Namun, mereka berjaya melakukan persembahan tanpa sebarang masalah. Dengan jumlah kedatangan yang ramai utk gig ini , nama Round Robin semakin dikenali , sungguh penting, lebih-lebih lagi 2008 adalah tahun muzik Indie mulai menjadi kegilaan dan trend semasa muzik remaja Malaysia.  Zaman ini dikenali sebagai Indie Boom Era atau Zaman Ledakan Indie.  Maka Round Robin tidak melepaskan peluang ini, mereka harus mengeluarkan E.P secepat yg mungkin.





Kini Round Robin adalah bertiga. Bagi Pako , jumlah ahli band yang sedikit memberi ruang pada Pako utk mengawal band.  Ku Amirul dan Bob hanya mengikut sahaja apa yg Pako Rudin mahukan. Sebelum ini , mereka yang telah keluar dari Round Robin selalunya tidak sependapat dgn Pako dengan mempertahankan pendapat mereka dlm membuat keputusan band.


Round Robin at their 1st Soundstage.



BERJUMPA ASHLEY GIBSON & MAGNI EVENT


somewhere in KL. 

Exorcism in Bintulu
Setelah bertiga, Round Robin mengambil keputusan utk menukar sound mereka daripada yg sebelumnya supaya sesuai dengan jumlah ahli band yg ada. Muzik mereka semakin punk dengan kombinasi lirik cinta yg terus terang. Pada waktu ini juga, Pako  mencipta lagu utk direkod pada waktu yg mendatang. Proses ini berterusan sehingga akhir 2008. Pada tahun 2008 juga , Pako bertemu dgn Asraf Raiz atau lebih mahu dikenali sebagai Ashley Gibson , yang bakal menganggotai Round Robin pada  tahun-tahun yang mendatang. Tahun 2008 juga, Round Robin juga menggunakan khidmat seorang sessionist keyboardist iaitu Acin dari kugiran Pita Hati. Acin merupakan salah seorang anak M.Nasir, satu nama yang amat besar dalam industri musik Malaysia. Dia merupakan rakan baik Pako yang sama-sama tinggal di Sungai Buloh. Permulaan elemen keyboard di dalam muzik Round Robin telah bermula. Elemen ini lama kelamaan menjadi begitu penting.

Pertemuan Pako Rudin dan Ashley Gibson tidak akan berlaku jika Pako tidak mengenali Nita (bukan nama sebenar) , seorang perempuan yang lebih tua sedikit dari Pako ,bercita-cita untuk mengurus sebuah band.


Pada ketika ini , sebuah band yg bagus harus mempunyai seorang pengurus band atau manager yang juga bagus. Pako , sebagai ketua band , berpendapat bahawa mempunyai seorang ‘manager’ akan membantu beliau mencapai sukses untuk Round Robin. Beliau hanya mahu fokus kepada penulisan lagu RR sahaja.  


Sewaktu mencari calon sesuai untuk menggalas tugas pengurusan band, Pako pada waktu itu rapat bersahabat dengan anggota kugiran Piring Hitam, sebuah Indie band dari Kuala Lumpur.  Pada ketika ini, Piring Hitam sudah pun mempunyai seorang ‘manager’ yg menguruskan hal-hal public relation band Piring Hitam.  Dan pengurus band yg dimaksudkan ialah Nita sendiri atau lebih mesra dengan panggilan Akak Nita.  


Nita diperkenalkan kepada Pako oleh anggota Piring Hitam . Seperti pepatah , pucuk dicita, ulam yg mendatang , Nita bersetuju utk menjadi pengurus band Round Robin.  Penulis tidak pasti , siapa yg mengajak siapa, tetapi Nita menguruskan perihal Round Robin utk beberapa waktu.  Ketika itu zaman indie sedang meledak, maka , ramai yg ingin menjadi seorang band manager , tidak kira band yang bagaimana.  Maka Nita pun tidak mahu ketinggalan.


Persoalan pengalaman Nita mengurus sesebuah band tidak diketahui tetapi disyaki tidak mempunyai sebarang pengalaman.Nita mungkin mahukan hilang kebosanan atau mahukan kawan-kawan disekeliling, itu tidak pasti . Tetapi apa yg pasti , Nita tidak mempunyai rangka kerja, ofis , mahu pun contact utk membuat sebarang bentuk kerja public relation. Namun Pako, tanpa berfikir panjang, hanya menurut apa yang dimahukan oleh Nita sehingga ia akan memberi kesan implikasi buruk pada Round Robin di masa akan datang.


Implikasi buruk itu berlaku apabila Nita bercita-cita utk menganjurkan sebuah konsert yg besar di Stadium Negara selama 2 hari. Terdapat 50 band yg akan membuat persembahan termasuk Round Robin sendiri.  Dan apabila hingga 50 band yang mahu diajak , sepatutnya Nita sendiri yg patut membuat deal dgn band-band indie ini tetapi sebaliknya Nita meminta Pako membuat deal dgn band-band ini. Dhiya Faris juga turut serta dalam projek ini yg bertindak sebagai stage designer. Dhiya Faris juga merupakan rakan baik Pako.


Apa yang dilakukan oleh Nita hanyalah membuat kertas kerja utk mendapatkan tajaan , bermain Facebook dan lain-lain . Tidak menunjukkan karisma sebagai seorang pengurus.  Duit minyak untuk diisi pun Nita minta dari Pako dan yg lain-lain. Dan apa yg menghairankan , Pako tetap mempercayai Nita. Kawan-kawan Pako yg lain perasan yg Nita ini adalah ‘hoax’ atau temberang. Mereka merasakan Nita tiada kawan utk melepak atau saja mahu menghilangkan kebosanan. Antara yg merasakan ketidakbetulan ini ialah Jard Azhar @ Sehar, yang bakal menganggotai sebagai drummer.  Akan diceritakan bagaimana perkenalan antara Pako dan Sehar berlaku seketika nanti.


Sehar menyatakan beliau tidak mempercayai Nita ini boleh menjadi seorang pengurus yg bagus apabila melihat cara Nita ini bekerja. Tidak meyakinkan. Sewaktu Round Robin berkunjung ke rumah Sehar di Sungai Buloh utk jamming, Sehar menyatakan beliau tidak mempercayai pada Nita.  Pada waktu ini, Sehar mempunyai sebuah home studio dan Pako rapat dgn Sehar , mereka selalu jamm bersama.  


Sehar memberitahu kepada Ku Amirul dgn berharap Ku Amirul dapat sampaikan kepada Pako bahawa Nita tidak boleh dipercayai.  Tetapi Ku Amirul tidak sampaikan. Sehar tidak mahu sendiri memberitahu Pako tentang kerana mahu menjaga hubungan baik antara mereka. Bagi Sehar, seorang konsert promoter harus mempunyai reputasi dan syarikat yg besar kerana ia memerlukan modal yg besar seperti contoh , PineApple Sdn Bhd, sebuah syarikat konsert promoter yg berjaya menganjurkan Sunburst , sebuah konsert yang berjaya membawa Korn, Incubus dan lain-lain, ke Malaysia.  Bagi Sehar juga, untuk mendapat sponsor atau tajaan, syarikat konsert promoter itu harus mempunyai kredibiliti seperti mempunyai ofis, mempunyai kewangan yg kukuh dan lain-lain. Sehar tidak nampak semua ini pada diri Nita.  Namun Pako terus bersama Nita walaupun beberapa petunjuk atau hint telah diberikan oleh Sehar pada Pako tentang perihal Nita ini.  Maka perancangan Nita utk menganjurkan konsert besar yg dinamakan Volume 9.  ‘ Event Company ‘ yg ditubuhkan oleh Nita dinamakan sebagai Magni Event.


Semasa menjalankan rancangan penganjuran ini , tugas Pako ialah menghubungi band-band yg dipilih. Satu tugas yg tidak dilakukan oleh Nita dimana seharusnya beliau yg melakukannya. Tugas Nita hanya mendapatkan ‘sponsorship’ yg berlandaskan syarikat ‘atas angin’ dan penyewaan tapak konsert iaitu Stadium Merdeka. Maka yg tinggal ialah penyewaan ‘backline’ atau peralatan muzik utk konsert. Nita membuat penyelidikan di Google , lalu menjumpai Ashley Gibson yang ketika itu bekerja sebagai freelancer dgn Mokhtar , seorang nama besar dlm dunia penyewaan sistem backline. Mokhtar merupakan bekas drummer kugiran Seven Collar T-Shirt , sebuah kugiran yang disegani ramai.


Perkenalan berlaku apabila Pako menghubungi sebuah band yang besar dari Subang Jaya, iaitu The O.D utk bermain di konsert yg akan diadakan. Nita bertanya pada Aie , ketua kugiran The O.D jika mengetahui dimana boleh mendapatkan backline yg murah dan tidak melebihi bajet mereka , Aie mencadangkan supaya menghubungi rakan baik beliau iaitu utk menghubungi Ashley Gibson, seorang rakan baik beliau dan seorang anak jati Subang Jaya. Ashley Gibson juga mempunyai sebuah band yg bernama Corncake, sebuah band Subang yang meningkat naik dan hilang dengan begitu sahaja. 

Corncake

Nita menghubungi Ashley dan bertanyakan hal backline yg sesuai utk konsert mendatang. Dari ini , Pako berkenalan dengan Ashley . Setelah beberapa kali bertemu , Pako dan Nita mengajak Ashley utk turut serta dalam rangka kerja penganjuran konsert besar ini dengan tugas Ashley ialah perihal backline serta sebagai stage handler. Ashley bersetuju. Lagi pun Ashley bekerja sebagai freelancer maka beliau tidak ada masalah untuk turut serta.  Bagi Ashley , dia hanya melayan sahaja.  Dan Aie , dari The O.D pun turut serta bekerja bersama Nita.


Setelah seketika, setelah beberapa kali bertukar tarikh konsert , akhirnya ia tidak menjadi. Konsert yg dirangka itu dibatalkan.  Padahal flyer elektronik telah pun keluar di media internet. Band juga telah dihubungi  dan memberi persetujuan untuk membuat persembahan . Antara band-band yg besar yg bersetuju antaranya ialah Bittersweet, Love Me Butch , AwanBand dan yg lain-lain.  Setelah beberapa kali tarikh ditunda, akhirnya ia telah dibatalkan. Nita sendiri hilang ke mana. Tiada berita. Yang menanggung malu ialah Pako sendiri kerana beliau yg menghubungi kesemua band-band ini dan mock up flyer telah telah diwarwarkan di media internet. Kebanyakan band menghubungi beliau dan beliau tidak tahu menjawab bagaimana. Lalu Pako dicopkan sebagai poyo dan penipu. Sedikit sebanyak memberi implikasi buruk kepada Round Robin. Nama Round Robin telah pun tercalar.  Lalu pada permulaan 2009 , Pako mulai menjadi low profile gara-gara onar yg telah berlaku. Padahal sebelum ini, beliau amat rajin menghubungi mereka-mereka yg berminat dgn ‘sound’ Round Robin dimana pada zaman kegemilangan laman social Myspace , page Round Robin mencapai lebih dari 120 ribu view sehingga beliau berjaya membuat fanclub utk Round Robin dimana mereka dinamakan sebagai Robin Hood. Bagaikan trend band-band indie yg besar yg mempunyai nama khas utk peminat mereka seperti Raingers utk Hujan dan Bunkers utk Bunkface. Pako turut serta di dalam langkah ini. Nak ikutkan, Pako mempunyai lagi kredibiliti sebagai manager band dari Nita yg tidak tahu apa-apa tentang dunia penganjuran muzik .


LAY LOW


Namun kejadian ini membuat Round Robin mahu berada di luar radar muzik Malaysia buat seketika.  Tahun 2008  adalah tahun yg penuh dgn gig bagi Round Robin. Akibat dari implikasi ini, di tahun 2009 ialah tahun yang hampir tiada gig utk Round Robin iaitu hanya 3 gig sahaja .


Muzik scene Malaysia ini kecil sahaja. Setiap orang akan mengenali orang lain yg menceburi dalam bidang muzik ini.  Akan tetap mengenali sesorang itu walaupun tidak mengetahui apakah nama mereka. Oleh itu, implikasi sebegini memang buruk untuk sesebuah band utk berdiri semula akibat dari perbuatan sendiri. Pako juga seorang yg begitu vokal dan lantang bersuara. Seorang yg straight to the point. Bagaikan aktivis musik, di laman Myspace, beliau selalu mempersoalkan hal-hal industry muzik indie yg beliau rasakan tidak adil seperti dikatakan bahawa stesen radio Xfm adalah sebuah stesen radio indie yang hanya memutarkan muzik-muzik kroni. Beliau juga menekan fundamental bermain muzik indie di Malaysia ini salah. Tetapi di waktu yg sama , beliau juga tidak mengamalkan fundamental muzik yg betul. Sehingga haru biru Magni Event berlaku , barulah Pako mengurangkan kevokalan beliau dalam mempersoalkan perkara-perkara yg diluar jangkauan beliau.


Berkenaan dgn Nita sendiri , baru baru ini beliau disedari menceburkan diri dalam program memasak Malaysia Master Chef. Muka beliau tertera di kaca televisyen. Mungkin ini yg dimahukan oleh Nita, iaitu menjadi terkenal. Cita cita beliau tercapai tetapi beliau akhirnya kecundang dan keluar dari rancangan Master Chef Malaysia. Kita doakan yg terbaik utk beliau.



ELECTROCK E.P

Permulaan 2009 ialah tahun dimana Round Robin mula  merekod lagu-lagu bagi pengeluaran E.P pertama Round Robin yang dinamakan Electrock E.P. Ia dinamakan sebegitu kerana Round Robin pun mula bermain  keyboard dimana ketika live , Pako sendiri akan bermain keyboard dan bermain bass, secara bergilir, berdasarkan kesesuaian beliau.  

Antara lagu-lagu yang bakal dirakam ialah Prelude, Traumatika, Jemu, Lukha dan Love 4 Losers. 5  buah lagu yg bakal dirakam akan membuat Ashley Gibson dan Pako lebih rapat.


Pada tahun 2009 , Ashley bekerja sebagai disebuah studio music di SS19 iaitu System Exclusive Studio atau lebih dikenali sebagai Sys-Ex Studio . Ashley juga mempunyai keupayaan utk merekod serta bermain muzik. Beliau adalah seorang gitaris yg bagus.  Lalu dari hasil perkenalan Pako dgn beliau, Pako meminta Ashley utk menolong beliau menyiapkan E.P Electrock secepat mungkin kerana pada sebelumnya ,  beliau telah pun menggunakan khidmat IseekMusic , iaitu syarikat rakaman kepunyaan Mokhtar , seorang nama besar dlm dunia muzik moden Malaysia.  Jurutera Bunyi juga ialah Mokhtar sendiri.  Tetapi hasil usaha bersama Mokhtar tidak menjadi.


Setelah menghabis hampir RM1000 utk menyiapkan E.P Electrock , Pako tidak jadi utk mengriliskan E.P tersebut kerana  ia tidak mencapai tahap yang beliau mahukan.  Bob sebagai drummer , kurang ada masa untuk praktis . Proses rakaman drum mengambil masa yang lama dan retake yang banyak. Begitu juga retake vokal Ku Amirul. Begitu banyak retake. Ketidakpuashatian Pako terhadap vokal Ku Amirul membuat beliau mengambil tindakan drastik dgn membuang semua vokal Ku Amirul dan beliau sendiri menyanyikan kesemua lagu lagu yg telah dirakam. Ini membuatkan Ku Amirul berpatah hati dgn Pako.


Akhirnya rakaman E.P tersebut siap. Tetapi apabila meneliti kembali , Pako sendiri tidak puas hati dengan vokal beliau serta permainan drum Bob tidak menepati citarasa Pako.  Lalu E.P tersebut  langsung tidak dikeluarkan . Namun , Pako mengriliskan 2 lagu sebagai single di laman –laman web seperti lagu Lukha nyanyian Ku Amirul di Youtube dan Love For Losers , nyanyian beliau di playlist Myspace Round Robin. Pako telah berjanji kepada mereka yg berminat dgn lagu Round Robin bahawa single akan dikeluarkan , maka ini yang telah dilakukan oleh beliau.

Pako tidak berpatah semangat untuk mengeluarkan E.P Electrock. Beliau meminta pertolongan Ashley untuk menyiapkan hasrat beliau.  Track drum telah dilakukan secara program oleh Bob . Dari ini , Bob mula berkecimpung dlm dunia music programming. Di bahagian trek gitar serta bass, ia akan dirakam di Studio Sys-Ex dimana ia mempunyai kapasiti yg mencukupi utk merakam. Ashley pun bersetuju utk menolong beliau. Lalu Pako selalu ulang alik antara kolej beliau ketika itu , Multimedia College dan studio Acap. Proses ini berterusan setelah Pako bekerja di Vads , sebuah syarikat Telekom sebagai operator.


Tindakan Pako membuang kesemua vokal Ku Amirul membuat Ku Amirul berpatah hati dengan Pako.  Beliau pun mulai menjarakkan diri dari band. Apabila diajak utk praktis dan jamming, pelbagai alasan Ku Amirul berikan utk tidak menghadirkan diri semasa waktu latihan.  Lagipun, Ku Amirul sudah tidak semangat lagi utk bermuzik. Beliau sendiri yg merasakan begitu. Ku Amirul setuju utk menyertai Round Robin kerana ketika itu , zaman Indie muzik sedang popular. Selepas Indie mulai merosot populariti dan berpendapat tiada masa hadapan utk muzik Round Robin, beliau mulai malas , lebih lagi apabila Pako membuang kesemua vokal beliau dalam rakaman E.P pada sebelumnya. Ku Amirul lebih berminat dalam dunia peragaan atau modelling.

Walaubagaimana pun , Ku Amirul masih sempat lagi bermain beberapa gig bersama Round Robin.  Tahun 2009 juga menyaksikan Ashley Gibson menjadi sessionist guitarist untuk band Round Robin selepas beberapa kali dipujuk dan dirayu oleh Pako. Akhirnya Ashley akhirnya mengalah.


Perubahan sikap Ku Amirul memaksa Pako membuang keluar Ku Amirul dari Round Robin. Ini berlaku pada pertengahan suku kedua tahun 2009.  Pako melakukan pencarian vokalis/guitarist baru tetapi tidak dijumpai. Round Robin kini tinggal berdua . Bob dan Pako Rudin sendiri.



UPSI, Tanjung Malim

JADI SLOW


Perjalanan Round Robin begitu perlahan apabila kekurangan ahli band.  Pako pun mengurangkan aktiviti band. Beliau lebih banyak menghabiskan waktu dengan membuat lagu-lagu Round Robin untuk masa akan datang. Pako juga telah mengeluarkan baju-T Round Robin yg untuk dijual.  Pada pertengahan 2009 , Pako telah mengeluarkan 100 helai baju Round Robin utk dijual dan jualan begitu lancar sehingga baju semua habis dijual.  Penjualan senang dilakukan kerana nama Round Robin agak gah di dalam laman social Myspace, hasil dari kerajinan Pako bergaul dgn ahli ahli Myspace yg mengikuti perjalanan Round Robin sebagai sebuah band.  Setelah batch pertama baju sukses dijual, Pako telah membuat tempahan batch kedua baju Round Robin , atas tempahan yg dibuat oleh pengikut muzik Round Robin tetapi atas kecuaian Pako , Pako sendiri telah menghilangkan senarai mereka yg telah membayari tempahan. Senarai yg ditulis di sebuah buku latihan sekolah. Atas kehilangan buku itu, Pako tidak mengenalpasti para-para pembayar maka beliau tidak dapat mengembalikan wang tempahan baju tersebut. Dari kejadian , kesenyapan Pako di dunia Myspace dan dunia music indiependent semakin ketara.


Bob pula baru menghabiskan pengajian beliau di peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini bercuti.  Apabila Bob mula merapatkan diri dlm dunia music programming, beliau mendapati mempunyai serasi dgn apa yang dilakukan. Dari perkembangan ini, Bob mula mencipta lagu dlm bentuk programming untuk Round Robin dan juga Gespenst. Gespenst adalah sebuah projek yg dilakukan bersama adik beliau, Zuhair.  Muzik yg dibawakan oleh Gespenst adalah Post Rock , sebuah genre yg meningkat naik jumlah pendengarnya.


SEHAR


Sepanjang tahun 2009 juga , Pako selalu berkunjung ke rumah Sehar untuk praktis muzik. Seperti yg ditulis diatas, Sehar merupakan seorang drummer. Dia mempunyai sebuah studio jamm mini di rumahnya. Sehar mulai bemain muzik sejak tahun 2000 ,  selepas habisnya SPM. Band band yang beliau pernah bersama ialah Kabus , Oddity dan 18SGG.  Ketika Pako dan Sehar mulai kenal antara satu sama lain ,  Sehar masih menganggotai 18SGG. 18SGG sedang dalam rangka ingin mengeluarkan album kedua namun tidak menjadi. 18SGG berpecah.


Perkenalan Pako dan Sehar bermula pada tahun awal 2007 apabila kedua mereka mengunjungi ke sebuah rumah rakan di sebuah flat kawasan Datuk Keramat , KL .  Apabila mendapati rumah masing-masing berdekatan antara satu sama lain iaitu di Sungai Buloh dan mendapati mempunyai minat yg sama iaitu muzik, mereka bertambah rapat. Tapi Pako mulai berkunjung ke rumah Sehar sejak tahun akhir tahun 2008.  


Sejak awal tahun 2009 lagi, Pako beberapa kali mengajak Sehar menyertai Round Robin sebagai drummer kerana di dalam rancangan Pako, Bob akan beralih posisi ke instrument synthesizer . Sehar agak keberatan utk menerima kerana mengenangkan perasaan Bob.  Bob pasti tidak menggemarinya kerana beliau adalah seorang drummer.  Dan waktu itu Sehar sedang dalam persediaan utk membuat album kedua 18SGG namun ia tidak menjadi.  18SGG telah berpecah pada awal tahun 2010


Tetapi ini tidak bermakna Sehar dan Pako tidak boleh membuat sebuah band projek secara bersama. Pako dan Sehar sempat membuat sebuah band 2 man band , iaitu sebuah band yg hanya dianggotai 2 orang sahaja. Band ini bernama DuoMinor . DuoMinor adalah sebuah alter-ego band utk band Round Robin. DuoMinor memainkan lagu Round Robin sendiri dalam bentuk yg lebih berlainan.


Pada tahun 2010 , 18SGG telah berpecah. Ini sungguh mengecewakan bagi Sehar kerana beliau berkeinginan mengeluarkan album  dan membuang masa sehingga 5 tahun bersama 18SGG. Material terakhir beliau ialah material ketika bersama band Kabus.  Sehar membuat keputusan menghubungi Pako dan menyatakan persediaan beliau utk menyertai Round Robin sebagai drummer. Pako bersetuju . Bob pun bersetuju dan beralih kepada posisi synthesizer.


Apabila Sehar menyertai Round Robin , beliau menyatakan kepada Pako bahawa beliau adalah serius apabila hal membabitkan band.  Beliau sedaya upaya akan cuba menaikkan Round Robin ke peringkat yg lebih tinggi. Penerimaan dan kepercayaan terhadap lagu lagu Pako membuat Sehar berasa yakin untuk memasuki Round Robin. Beliau tidak mahu membuang masa kerana beliau sendiri telah bermain muzik selama 10 tahun, maka beliau tidak mahu terlibat dgn band yg hangat-hangat tahi ayam sahaja.  Keseriusan Sehar juga membabitkan ketepatan masa untuk tiba di lokasi prektis. Pako menerima sahaja apa yang dimahukan oleh Sehar.


Kini Round Robin telah dianggotai 3 orang.  Pako , Bob , dan Sehar. Mereka masih tidak mempunyai vokalis dan gitaris. Pako agak buntu utk memikirkan siapa yang harus menyanyi. Beliau mahu sahaja bernyanyi sambil bermain bass tetapi ini ditentang oleh Sehar. Sehar berpendapat permainan bass Pako akan lari dan tidak konsisten apabila menyanyi. Pako memerlukan lebih banyak latihan utk mode sebegitu. Beliau tidak cekap utk melakukannya.


ISKANDAR ZAINAL

Setelah memikirkan siapa yg patut menjadi vokalis , akhirnya Sehar memikirkan seorang rakannya dari kecil , Iskandar Zainal.  Iskandar mempunyai minat menyanyi dari kecil .  Beliau juga petah berbahasa Inggeris maka menyanyikan sebuah lagu Inggeris bukan satu masalah utk beliau.


Lalu Sehar menghubungi Iskandar , menyatakan hasrat Round Robin. Iskandar bersetuju utk menyertai band ini.  Akan tetapi beliau menyatakan bahawa kerja beliau sebagai keutamaan. Bermaksud, jika sesebuah show atau gig jatuh pada tarikh yg beliau harus keluar outstation , maka dia akan mengutamakan kerjanya. Yg lain semua bersetuju.  Ingin juga memberitahu , Iskandar adalah seorang pemain golf yg tegar. Kadangkala , beliau akan menyertai pertandingan golf yg hadiahnya mencecah ribuan ringgit.  Golf juga sesuatu aktiviti yg penting utk Iskandar .  


Untuk tugas gitaris , Sehar berpendapat bahawa Ashley Gibson harus menjadi sebahagian dari Round Robin selain beliau menjadi ‘sessionist’ kepada Round Robin itu sendiri. Pako bersetuju.  Kemungkinan Pako pernah bertanya jika Ashley mahu menjadi sebahagian dari Round Robin tetapi dia menolak. Akan tetapi pada kali ini, dia bersetuju setelah Sehar berjaya meyakinkan beliau utk menyertai grup ini. Ashley mulai nampak kekuatan Round Robin sebagai sebuah band , dengan barisan terbaru, dia setuju utk menyertai Round Robin.


Pada 1 May 2010 , buat pertama kalinya Round Robin, terdiri dari barisan terbaru, jamming bersama. 5 orang anggota yg terdiri dari Iskandar sebagai vokalis. Pako sebagai pemain bass, Ashley Gibson sebagai pemain gitar, Bob sebagai synthesizer dan Sehar sebagai drummer.  Mereka agak serasi secara teknikal dan luaran.  Pertama kalinya bahawa Round Robin mempunyai barisan terlengkap.  


ROUND ROBIN TERLENGKAP

Sehar yg ketika itu menetap di Manjung , Perak , berulang-alik setiap hujung minggu utk jamming dan show utk Round Robin. Setiap hujung minggu tanpa ada satu hujung minggu yg terlepas.  Perjalanan yg sejauh 400km pergi dan balik memang menjerihkan tetapi untuk band , sememangnya memang menjadi kegemaran Sehar utk turut serta.


Lagu Omashita adalah lagu pertama Round Robin berlatih. Sebuah lagu lama tahun 2006 yg digubah semula oleh Pako .  Lagu ini adalah tentang seorang gadis yg bernama Mashitah yg perasan cantik dan tidak mempercayai lelaki.  Mashitah merupakan seorang gadis yang Pako minati semasa di kolej matrikulasi tetapi Mashitah ini tidak mahu kepada Pako namun dia telah memilih orang lain. Pako beranggapan dirinya lebih superior dari pilihan Mashitah, lalu dia mencipta sebuah lagu berdasarkan kisah ini. Sebuah lagu yg simple lagi menangkap. Dengan suara Iskandar yg bertenaga dan nyaring , Omashita kedengaran segar dari Omashita versi lama. Sehar yg mengenakan rentak off-beat menambahkan lagi warna tenaga dlm lagu tersebut. Permainan gitar yg agresif oleh Ashley menambahkan lagi rencah rock n roll lagu tersebut. Bassline Pako begitu bersahaja dan gaya synthesizer yg nakal dari Syahmi Rawi melengkapkan lagu Omashita.

PWTC (the only BOTB we entered)


 The Fowl (Jamming at Sys-Ex Studio) 2011/2012
The Fowl adalah hasil campuran lineup band dari Corncake & The O.D

Selain Omashita , lagu-lagu seperti Lukha, Helah, Philophobic dan Love For Losers turut dilatih . Lagu lagu ini semua adalah lagu lagu lama Pako. Bahkan , beberapa lagu yg disebut tadi telah pun dirakam oleh Pako dan Ashley dlm projek E.P Electrock.


Berkenaan projek E.P Electrock , Pako masih dlm proses menyiapkannya tetapi setelah barisan terbaru Round Robin tercipta, situasi sudah berubah.  Sehar membuat permintaan agar rakaman baru dilakukan semula. Kali ini dengan rakaman drum analog merakam Sehar bermain drum . Rakaman sebelum ini , drum program digunakan atas hasil kreatif Bob. Pako bersetuju.  Tetapi beliau menyatakan beliau tidak mempunyai wang utk melakukan rakaman kerana beliau sudah pun menghabiskan wang sebanyak RM1000 utk proses rakaman pertama E.P Electrock bersama Mokhtar.  Sehar mengatakan tidak mengapa. Beliau bersediakan menggunakan wang sakunya sendiri , membiayai kesemuanya proses rakaman E.P yang mendatang. 




BERMULANYA PHILOPHOBIC


Setelah praktis selama 2 bulan sejak bulan 5 , pada Julai 2010 , Round Robin telah memasuki studio untuk memulakan rakaman.  Studio rakaman yang menjadi pilihan Round Robin ialah IseekMusic Record iaitu sebuah syarikat rakaman kepunyaan Mokhtar , seperti yg disebut sebelum ini , seorang nama besar dlm dunia muzik moden Malaysia.  Jurutera rakaman ialah Mokhtar sendiri.  Kali ini, ini adalah cubaan pertama rakaman yg betul betul membabitkan semua ahli Round Robin.


Iskandar berpendapat , ini adalah satu permulaan yg pantas dan terlalu awal memasuki studio utk rakaman. Beliau beranggapan , masih perlu praktis sehingga optimum.  Tetapi Sehar yg benar-benar mahu memulakan rakaman kerana beliau sudah lama tidak terlibat dlm proses rakaman. Beliau rindu akan keadaan semasa menjalani rakaman. Sehar juga berasa sudah bersedia utk melakukan rakaman setelah 2 bulan praktis. Setelah dipujuk , Iskandar bersetuju. Iskandar juga bersetuju utk turut serta membiayai rakaman E.P yang dirancang.

5 lagu akan dirakam , iaitu Omashita ,Helah ,Lukha ,Philophobic dan Love For Losers. Omashita adalah lagu pertama yg dirakam. Panduan metronome harus dilakukan bersama bass. Tetapi Pako mempunyai masalah utk mengikuti detik metronome secara tepat. Beliau tidak biasa. Ini masalah biasa utk pemuzik pemuzik amatur seperti Round Robin.  Apabila proses ini agak menyusahkan Pako, beliau menekankan bahawa rakaman drum boleh dilakukan dgn jamming bersama bassist.  Tetapi Sehar tidak mahu. Dia beranggapan momentum lagu akan bertukar kadar. Metronome akan tidak akan sama antara verse dan korus lagu tersebut. Lagipun dgn memakai metronome, sesuatu yg wajib dilakukan bagi pemuzik professional. Bagi Sehar , walaupun Round Robin adalah sebuah band amatur ,  sedikit sebanyak, usaha rakaman haruslah secara professional atau setidak-tidaknya mencuba cara professional. Pako akur dan tabah, beliau akhirnya siap membuat panduan metronome lagu Omashita.  


Selepas siapnya panduan lagu Omashita , Pako tiada masalah utk membuat panduan lagu-lagu yg lain. Proses membuat panduan kesemua lagu dilakukan dlm sebulan di setiap hujung minggu.  


Siapnya semua panduan, proses rakaman drum bermula. Sehar bermain drum sambil mendengar panduan yg dibuat oleh Pako. Bunyi klik metronome turut serta dalam panduan.  Sehar menghadapi masalah utk merakam drum kerana beliau tidak berlatih bersama metronome sebelum ini.  Beliau tahu menggunakan metronome tetapi permainan drum mengikut metronome haruslah praktis dengan memakai metronom.  Lagu Omashita sahaja hampir 20 kali take


Sehar mengambil masa sehingga sebulan setengah utk menyiapkan track drum 5 buah lagu tersebut. Mengambil masa sebulan setengah kerana rakaman hanya dilakukan di hujung minggu dimana Sehar akan berulang –alik antara Sri Manjung , Perak dan KL. Ketika ini Sehar telah bekerja di Perak bersama orang tuanya.


Setelah siapnya kesemua track drum yg ada, kini tiba masa utk rakaman bass. Sehar telah berpesan kepada Pako agar menukar tali gitar bassnya. Tukarkan kepada yang baru. Tetapi apabila tiba hari rakaman, Pako tidak menukar tali gitar bass. Akibat dari itu , sound dalam rakaman gitar bass kedengaran agak kering. Sebenarnya gitar bass Pako tidak fit utk melakukan rakaman. Gitar bass yg sudah lama tidak dilakukan penyelenggaraan.  Sehar hanya pasrah sahaja dia pun tidak mempunyai wang ketika utk menukar tali bass Pako. Maka siap sudah kesemua track bass kelima-lima lagu.


Rakaman track gitar dan synthesizer tidak mempunyai masalah. Ashley memakai beberapa jenis gitar utk mencari sound yg dingini. Begitu juga dgn synthesizer. Bob memakai KORG yang dibeli oleh Pako pada sebelum ini. Kini tiba masanya utk rakaman vokal.


Iskandar memulakan nyanyiannya pada lagu Omashita! . Seorang yang agak perfectionis , dia mengambil masa yang lama utk menghabiskan satu rangkap dalam setiap lagu.  Kadangkala, bagi anggota yang lain, apa yg sudah dilakukan sudah cukup memadai tetapi tidak bagi Iskandar. Dia akan cuba dan terus mencuba sehingga dapat apa yg dia inginkan. Oleh itu, rakaman vokal Omashita sahaja mengambil masa 12 jam keseluruhan.


Dari bulan 7 hingga pengakhiran bulan 9, 2010, Round Robin berjaya  membuat rakaman 5 buah lagu tanpa vokal. Rakaman vokal mengambil masa dari bulan 8 hingga bulan 11 , 2010.


Untuk pengetahuan am , IseekMusic Studio Recording kepunyaan Mokhtar adalah sebuah studio yang berlandaskan rumah. Ia bukan seperti studio-studio music yang lazimnya di Malaysia berkonsepkan kedai.  Studio Mokhtar adalah dirumahnya sendiri. Sebuah rumah yang lama di area SS14 . Dikatakan di dalam sebuah blog, studio Mokhtar ini adalah studio yang paling berhantu di Malaysia.  King Studio , studio yang lama dan legenda di kalangan ahli music pun jatuh pada tangga kedua. Penulis tidak tahu dimana kesahihan cerita hantu di studio Mokhtar tetapi anggota Round Robin sendiri menyatakan terdapat satu aura yang menakutkan ketika berada di rumah itu tetapi ia tidak mengganggu emosi dan mood utk membuat rakaman.


Padang Amcorp, PJ. 

Rumah Api , KL.

Wisma Bentley, PJ. 
Dalam masa Round Robin membuat rakaman , aktiviti persembahan live diteruskan juga.  Tahun 2010 juga merupakan tahun yg penuh dengan persembahan live. Setiap bulan , mesti ada 2 persembahan menanti Round Robin. Sama ada dijemput atau dicari sendiri , sebanyak 20 show telah dimainkan oleh Round Robin.  Round Robin bermain byk show atas usaha Sehar mencari peluang persembahan. Dan ketika ini, tugas public relation Round Robin byk dilakukan oleh Sehar. Pako kali ini tidak melakukan tugasan itu seperti yang dilakukan oleh dia semasa di zaman Myspace. Dia hanya membenarkan Sehar menggantikannya dalam tugas P.R.


5 buah lagu telah pun siap. Kini sudah tiba masanya memikirkan penjualan E.P pertama Round Robin. Pako menyarankan menamakan E.P tersebut dgn nama Electrock E.P , tetapi yang lain tidak bersetuju lebih lebih lagi Bob , yang menyatakan genre lagu yg dirakam oleh Round Robin bukan berlandaskan sound eletronik.  Maka Pako turutkan  sahaja dengan menyedari kebenaran yang diberikan oleh Bob.


Apabila Sehar mendengar kembali apa yang telah dirakam, dia berpendapat supaya ditambahkan lagi beberapa buah lagu dlm E.P tersebut. Bermaksud , harus melakukan sesi rakaman buat kali kedua . DIa beranggapan lagu-lagu seperti Omashita, Lukha , Helah , Philophobic dan Love For Losers sesuai utk didengari kelompok peminat music Indie , sesuai utk diputarkan di corong radio tetapi ia bukannya sound Round Robin secara dalam. Round Robin sebenarnya lebih dari itu. Lebih rebel. Memberontak.


Sesi kedua rakaman bermula pada pertengahan Disember 2010 . Lagu-lagu yang akan dirakam ialah Stressed Up ,Rafla Jingga dan Traumatika.  Diantara lagu ketiga lagu ini , Stressed Up merupakan lagu ciptaan Pako yang terbaru berbanding Traumatika, sebuah lagu lama sejak 2007 . Setelah mengalami pelbagai versi, akhirnya lagu Traumatika lengkap susunaturnya dan dirakam.  Lagu Rafla Jingga mencatat sejarah tersendiri kerana ia merupakan satu-satunya lagu Round Robin yang dicipta bersama. Tidak seperti lagu lagu yang lain dimana penciptanya ialah Pako seorang sahaja , Rafla Jingga ialah hasil jamming freestyle bersama ketika didalam studio. Secara magisnya, riffing yg dilakukan oleh Ashley membuatkan semua orang menarik dan memasukkan part masing-masing yang tersesuai. Cuma ada satu masalah, ia tidak mempunyai lirik. Setelah difikirkan, Round Robin membuat keputusan lagu Rafla Jingga tidak memerlukan mempunyai vokal atau lirik.


Sesi rakaman kedua ini juga menyaksikan Pako menukar tali bassnya dan menghantar servis gitar bassnya kepada seorang rakan iaitu Khairil Johari (Preacher Guitar Works) , anggota sebuah kumpulan music grunge yg bernama Instake. Bunyian bass yang lebih boost dan warm dihasilkan. Bunyian bass pada kali ini lebih padu.





Semasa di dalam proses rakaman sesi kedua , Iskandar telah bertindak keluar dari Round Robin. Ini berlaku pada malam tahun baru 2011.  Tindakan beliau keluar dari band pada malam itu tidak mengejutkan anggota yang lain kerana berpendapat hayat Iskandar didalam kugiran ini tidak bertahan lama. 

 
Sys-Ex Studio , SS19 . Studio jamming rasmi RR dari 2009-2012.

EGO IS
Semasa persembahan di Times Square. Kejadian bergaduh selepas ini. 
Sesungguhnya Iskandar tiada passion utk berada di dalam sebuah band. Seorang yang berbakat tetapi tidak mempunyai passion atau ketahanan utk berada di dalam band.  Dia selalu mengadu dan meluahkan rasa tidak puas hati beliau kerana waktu latihan Round Robin adalah pada lewat malam.  Bukan salah beliau. Round Robin terpaksa membuat latihan pada lewat malam kerana lokasi latihan ialah di Studio Sys-Ex , Subang Jaya. Dan studio itu adalah kepunyaan Ashley Gibson. Maka Round Robin harus menunggu sehingga pelanggan terakhir selesai jamming.  Ashley tidak mempunyai pekerja yg boleh menggantikan beliau sekejap. Bagi Iskandar , pola tidur yang tidak betul menyebabkan sesorang itu tidak sihat.


Iskandar juga mempunyai masalah untuk ‘masuk kepala’ dengan Pako.  Seorang yang komited , dia tidak suka jika salah seorang dari Round Robin datang lambat ke studio latihan.  Yang selalu tiba lewat dari  apa yang dijanjikan ialah Pako sendiri. Ini menyebabkan Iskandar agak kurang senang dgn Pako.  Kejadian pergaduhan antara Pako dan Iskandar terjadi semasa di sebuah persembahan di Berjaya Times Square, apabila selesai membuat persembahan dan sesi fotografi , membuktikan lagi perselisihan antara mereka. Iskandar tidak menyukai apabila dia sedang bercakap, ada orang yg menyampuk sekali bercakap semasa persembahan. Sebagai vokalis, hanya dia sahaja patut bercakap dan berinteraksi dengan khalayak. Yang dimaksudkan suka menyampuk ialah Pako. Pako tidak mempunyai niat apa-apa pun. Dia cuma bertindak sebagai sebuah hiburan. Tetapi Iskandar tidak menyukainya. Lalu selepas sesi fotografi, Iskandar secara depan mengatakan kepada Pako yang dia tidak menyukai apa Pako lakukan hari ini. Entah apa silapnya kata-kata si Pako , tiba-tiba Iskandar mula naik tangan.  Ashley, Bob dan Sehar cepat-cepat meleraikan antara mereka berdua.  Apabila ditanya apa yang terjadi, Iskandar berkata yang Pako mencaci orang tuanya. Pako menafikan. Dia cuma menyebut sesuatu yg tidak sepatutnya Iskandar marah. 

Iz last show (27 nov 2010), Kajang.
dengan organizer rajin , Mubarak Hussain.
 Entah, mungkin sudah sampai satu tahap , Iskandar tidak mahu lagi berada didalam band.  Dia tidak dapat memberi komitmen kerana kesibukan dia memberi perhatian pada komitmen lain.  Pada malam yg dia keluar dari band , Round Robin sepatutnya membuat latihan. Iskandar sendiri sudah lama tidak menghadiri latihan band kerana kesibukan beliau yang seperti seorang menteri. Round Robin pada satu jangka waktu, membuat latihan tanpa kehadiran vokalis. Lalu Pako yang menyanyi sambil bermain bass jika Iskandar tidak datang.  Kadangkala , di suatu persembahan, Iskandar tidak dapat hadir untuk membuat persembahan, lalu dia diganti dengan Pako utk posisi vokalis apabila live. Ini juga menambahkan rasa tidak senang band terhadap Iskandar. Band beranggapan seorang frontman harus ada disetiap show.


Iskandar telah tiba di studio dan dapati tiada siapa yang berada di studio. Dia lalu menghubungi Ashley dan bertanyakan lokasi. Ashley mengatakan yang dia berada di rumah kerana mahu mengeluarkan barangan backline  untuk disewa di luar. Sehar pun berada bersama Ashley ketika itu. Dia mahu menolong Ashley. Sehar meminta Iskandar tunggu sebentar. Tetapi tidak diendah oleh Iskandar. Iskandar pun beredar dari situ. Sehar agak berang dgn tindakan Iskandar yang tidak menghormati ahli band yang lain. Semasa dia menghubungi Ashley bertanyakan lokasi , dia bertanya kepada Ashley , dimanakah semua orang supaya dia boleh hentak dengan kayu golf.  Ini menunjukkan dia sudah sampai tahap atau limit yang membuat dia marah. Padahal , Iskandar bukan seorang yang pemarah.  


Sehar menghubungi Iskandar melalui telefon bimbit. Dia bertanyakan pada Iskandar mengapa harus Iskandar beredar awal. Band baru hendak memulakan latihan.   Berlaku pertengkaran antara mereka berdua. Lalu , pada hujung pangkal pertengkaran, Iskandar menyatakan dia berhenti dari terlibat dengan Round Robin. Maka Iskandar tidak lagi bersama band.  Secara rasminya berlaku pada malam tahun baru 2011!!!!

Miming process for RTM recording. Ejoy could not make it so Iz was asked to replace. Gladly, he agreed.




Apabila Iskandar keluar dari band , Sehar agak ralat dgn situasi yang berlaku. Proses rakaman sesi kedua utk E.P yang mendatang sedang berjalan. 3 lagu sudah pun siap tetapi kini, Round Robin tidak mempunyai vokalis.  Siapa yang patut menyanyikan lagu Round Robin menjadi persoalan.


PENCARIAN


Sehar mengiklankan pencarian vokalis di Facebook dan beberapa medium online yang lain tetapi tidak mendapat sambutan. Tiada siapa yang berminat utk menjadi penyanyi Round Robin.  Agak susah utk mencari vokalis.  Dari awal tahun 2011 sehingga bulan July 2011 , seperti biasa akan digalas oleh Pako sendiri sambil bermain bass.  Pako menjadi vokalis band kerana terpaksa. Terpaksa kerana tidak mempunyai vokalis.


Anggota Round Robin beranggapan bahawa Pako tidak boleh berterusan utk menyanyi sambil bermain bass. Mereka berpendapat fingering bass Pako tidak konsisten jika dia menyanyi sambil bermain bass. Sehar berpendapat Pako harus berlatih menyanyi sambil bermain bass jika ingin menggalas tugas vokalis.  

Pako mula menyedari kelemahannya . Sejak dari itu, semakin hari semakin bagus permainan bass Pako sambil menyanyi.  Anggota Round Robin yang lain pun mulai senang dgn gaya nyanyian Pako sambil bermain bass. Sememangnya nampak usaha Pako untuk menyanyi dalam Round Robin tetapi dia masih lagi perlu berlatih kerana akan terdapat sedikit kesilapan sana-sini semasa latihan atau di waktu persembahan sekalipun.  


Setelah menilai , Sehar dan Ashley berpendapat Round Robin harus mencari seorang vokalis kerana mahukan Pako fokus kepada permainan bass dan penciptaan lagu Round Robin. Lagipun dalam bidang nyanyian pun , Pako masih perlu belajar cara yang betul.


Seperti dinyatakan diatas, Round Robin tidak dapat mencari pengganti vokalis lalu utk sesi rakaman vokal bagi 3 lagu terbaru iaitu Stressed Up, Rafla Jingga dan Traumatika , lagu-lagu tersebut dinyanyikan oleh Sehar dan Pako. Pako memasukkan vokal di dalam lagu Stressed Up dan Rafla Jingga manakala Sehar menyumbangkan vokal pada lagu Traumatika.


Sesi rakaman vokal utk Stressed Up mengambil masa yang lama kerana kekerapan Pako membuat silap. Pako mempunyai idea yang bagus tetapi kadangkala dia tidak dapat menerangkan ideanya secara baik kepada anggota bandnya untuk difahami.  Ahli band mengambil masa yg agak lama untuk fahami apa yang Pako inginkan.  Sesi rakaman vokal Stressed Up mengambil masa yang lama kerana Pako tidak tahu bagaimana utk bermain dgn vokal.  Pengakhiran sesuatu rangkap berakhir dengan chording vokal yang salah atau ‘ke laut’. Ini menguatkan lagi anggapan Sehar dan Ashley serta yang lain-lain bahawa Round Robin harus mencari seorang vokalis sekaligus seorang frontman.


Untuk pengetahuan pembaca , Pako tidak lagi membuat keputusan penting untuk band secara unilateral. Sebarang keputusan dilakukan secara demokrasi. Dengan cara ini, agenda band akan tercapai dengan lebih cepat dan efisyen kerana ia melibatkan semua orang. Lebih lebih lagi sewaktu proses pembikinan E.P Round Robin, Sehar lebih banyak melakukan pengawalan kerana modal pembuatan E.P ini dikeluarkan oleh Sehar dan juga Iskandar.  


Sehingga March 2011 , Round Robin masih lagi tidak mempunyai vokalis. E.P Round Robin yang pertama pun sudah pun siap.  8 buah lagu dirakam. Ditambah lagi 2 lagu program iaitu Interlude dan Epilog . Epilog adalah lagu ciptaan Bob. Bob mempunyai band projek iaitu Gespenst bersama adiknya, Zuhair.  Lagu Interlude pula adalah ciptaan Pako tetapi dicipta secara program oleh Bob.  Maka jumlah lagu didalam E.P Round Robin ini ialah sebanyak 10 buah lagu.  Rakaman sudah siap dilakukan. Kini tiba masa untuk mixing.


Idea asal E.P ini diterbitkan secara D.I.Y. Bermakna , E.P ini akan dijual secara by hand atau mail order seperti band-band independent yang lain tetapi keseluruhan  itu berubah apabila Round Robin membuat satu persembahan di Ovo Bistro,Uptown Damansara pada 13 March 2011. 'Tahap' E.P ini telah bertukar kepada tahap album dan Round Robin mula menjadi artis naungan InterGlobal Music.  Orang yang bertanggungjawab memasukkan Round Robin kedalam sebuah label ialah Encik Arnie Monteiro.  13 March 2011 juga merupakan show pertama Round Robin untuk tahun 2011


TALENT EXPERIMENT & INTERGLOBAL MUSIC
Live In Ovo Bistro.

Sehar menerima panggilan dari seorang rakan iaitu Khairil Johari . Khairil Johari menyatakan organizer event yang bernama The Talent Experiment, Glenn Harding , sedang mencari band utk membuat persembahan. Bukan membuat persembahan semata-mata tetapi bertanding untk menjadi juara mingguan. Cara utk menjadi juara ialah bukan dengan persembahan yang terbaik tetapi dinilai dgn undian pengunjung. Undian bukan seperti undian yang biasa kita dengar. Pengunjung harus membeli beer atau liquor utk memberi satu undi utk band yg mereka sukai.


Round Robin kalah pada malam itu. Tidak dapat undian yang tertinggi. Tetapi pada malam itu , Round Robin memberikan persembahan yang terbaik pernah mereka lakukan. Dan Arnie Monteiro perasan. Selepas persembahan , dia bertegur sapa dgn anggota Round Robin dan meminta nombor untuk dihubungi. Dia menyatakan dirinya ialah wakil satu label tempatan.  Tetapi dia tidak menyatakan nama label. Dia mengatakan akan menghubungi Round Robin apabila tiba waktunya.


Round Robin agak skeptikal pada waktu itu. Pako lebih lebih lagi. Dia tidak percaya kepada Monteiro. Bahkan dia kini tidak percaya kepada sesiapa yang menawarkan sesuatu kepada band kerana dia takut kes Nita akan berulang.  Bagi anggota Round Robin yang lain, ini boleh dianggap sebuah breakthrough oleh Round Robin untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi lagi.  Maka yang lain dalam diam berharapkan sesuatu dari tawaran ini. Pada permulaannya, Monteiro tidak secara terus mengatakan Round Robin akan ditawarkan kontrak . Dia hanya mengatakan dia berminat dan dia adalah seorang wakil dari sebuah label tempatan.  Sesetengah anggota Round Robin hanya tergelak selepas didatangi oleh Monteiro kerana orang tua itu mungkin sedikit mabuk sewaktu melihat persembahan Round Robin. Pertimbangan semuanya menjadi tidak betul. Mungkin pengaruh khayal mabuk membuatkan Round Robin tampak hebat di mata Monteiro.


Untuk pengetahuan semua , InterGlobal Music adalah sebuah label tempatan yang aktif mempertengahkan bakat bakat baru lebih lebih lagi dalam music genre underground. Secara mainstream dan underground, InterGlobal menerbitkan banyak album band- band tempatan seperti FTG ,Langsuyr , Subculture , The Pilgrims, Sil Khannaz, allahyarham Bob Ku2 dan yang lain-lain. Semasa zaman kegemilangan InterGlobal , label ini sebenarnya mempunyai nama yang lain. Label ini dahulu dikenali sebagai Pony Canyon Music, sebuah label besar dari Jepun yang mengadakan branch di Malaysia. Lalu semasa Pony Canyon dibubarkan , branch yang berada di Malaysia berdiri dengan sendiri dan diberi nama baru.  Artis paling terkenal yang pernah InterGlobal terbitkan ialah album pertama Amy Mastura. InterGlobal adalah label yang pertama bagi Amy Mastura

Pada 16 April 2011 , Round Robin berpeluang membuat persembahan di Penang.  Gig yang bertemakan Tribute To Nirvana. Maka Round Robin harus memainkan lagu Nirvana. Bertolak pada tengah malam , tiba di Kampung Cherok Tok Tuntung, Nibong Tebal , Penang , pada jam 4 pagi Sabtu. Round Robin menumpang rumah seorang rakan iaitu Hanafi Napi. Sebuah rumah yang terletak di sawah bendang. Anggota Round Robin tidak melepaskan peluang dengan melepak di pondok sawah kepunyaan Napi , menikmati angin sepoi pagi buta sambil ditemani dengan botol bong. Satu pengalaman yang unik utk orang bandar seperti Round Robin.  

Kampung Cherok Tok Tuntung, Nibong Tebal.


Bangun dari tidur, makanan tengahari sudah disediakan olah ibu Napi. Sedap sedap belaka semuanya. Buat pertama kalinya, Round Robin diberi layanan rockstar.  
Setelah makan tengahari,  Round Robin pun beredar dari Nibong Tebal menuju ke George Town.


Perjalanan Round Robin ke utara tanah air ini ditemani oleh Dzul yang bertindak sebagai driver, Faris Hadziq yang bertindak sebagai photographer band. Hid, tunang Sehar juga turut serta dan bertindak sebagai videographer band.


Semasa kereta yang dinaiki Round Robin berada diatas Jambatan Pulau Pinang , Sehar menerima satu panggilan yang dia sebenarnya tidak menyangka akan menerima panggilan itu.  Panggilan itu adalah dari Arnie Monteiro, iaitu wakil dari InterGlobal Music.  Arnie menyatakan bahawa InterGlobal berminat utk mengadakan pertemuan antara label dan pihak band. Dia mengatakan pertemuan itu tidak menjanjikan apa-apa tetapi akan berbincang apa yang boleh dilakukan dalam kerjasama antara label dan juga band.  Dia menetapkan tarikh perjumpaan. Round Robin bersetuju.


Setelah panggilan itu selesai, Pako dgn tidak semena-mena tidak selesa. Dia mengatakan bahawa dia tidak percaya pada Monteiro dan label InterGlobal. Baginya, sebuah label akan mengekang kreativiti sesebuah band dan band itu tidak mempunyai kebebasan. Dia juga beranggapan label hanya berniat membuat untung semata-mata.   Bob dan Ashley menenangkan Pako dan mengatakan supaya pergi dahulu perjumpaan itu. Lihat apa yang ditawarkan label tersebut. Anggota Round Robin yang lain berasa bahawa band tidak rugi apa-apa jika pergi ke perjumpaan tersebut.

Pako lebih selesa jika Round Robin kekal 100 peratus D.I.Y dan terbitkan secara sendiri E.P yang akan datang.


Sehar dan Ashley tidak nampak mengapa Pako tidak mempercayai sebuah label yang mempunyai faktor kewangan yang kukuh kerana pada sebelum ini, Pako mempercayai Nita (bukan nama sebenar) bersama label Nita , iaitu Magni Event. Dan Magni Event hanya sebuah label indiependent yang tiada pejabat, tiada perancangan rapi serta tiada kewangan yang kukuh.

Round Robin tiba di venue gig di George Town , Penang iaitu Soundmaker Studio. Buat pertama kalinya, persembahan Round Robin mendapat sambutan luar biasa. Crowd yang begitu agresif , tidak henti-henti melakukan slam, mosh dan pogo. Sesungguhnya , kalangan grunge begitu hebat penangannya.


Soundmaker , Penang.


Soundmaker , Penang. 

Show di depan Pavilion.
 Dua minggu selepas panggilan Monteiro, Round Robin pun berjumpa dgn pihak InterGlobal. Perjumpaan iatu dihadiri oleh tiga anggota Round Robin sahaja iaitu Pako, Sehar dan Ashley.  Pihak InterGlobal pula ialah VK Liew, iaitu PR InterGlobal, Arnie Monteiro serta tuan punya InterGlobal Music iaitu Encik Cheah Mun Kit sendiri.


Perbincangan diadakan. InterGlobal bertanyakan pada Round Robin apa yang Round Robin mahukan dari InterGlobal Music.  Round Robin ketika itu tidak dapat memikirkan apa yang patut diminta.  Interglobal pada mulanya menawarkan terbitan satu single dari Round Robin iaitu Omashita!. Tetapi Round Robin mengatakan , band kini dalam proses menyiapkan E.P pertama yang mengandungi 10 buah lagu dan bakal dikeluarkan secara indiependen. Ini bermakna , InterGlobal kini tidak perlu mengeluarkan wang utk rakaman. Semuanya sudah siap.  Cheah Mun Kit meminta supaya diberi satu salinan rakaman E.P kepadanya untuk dibuat penilaian. Jika ia mencapai standard minima bagi sebuah album iaitu kualilti lagu dan rakaman, InterGlobal akan bersetuju utk menerbitkan terus satu album utk Round Robin dengan menggunakan apa yang telah dirakam sebelum ini di ISeekMusic.


Satu salinan telah berada di tangan Cheah Mun Kit. Dengan penentuan Tuhan, dia bersetuju untuk menerbitkan album Round Robin yang pertama. Round Robin akan ditawar kontrak 2 + 2 album tanpa had masa. Bermakna , Round Robin wajib mengeluarkan 2 buah album serta 2 buah album secara pilihan tanpa had masa. InterGlobal wajib mengeluarkan 2 buah album dan mempunyai pilihan utk meneruskan rakaman 2 album yang tidak wajib. Semuanya diatas budi bicara InterGlobal sendiri.


Cheah Mun Kit meminta Round Robin pulang dan memikirkan apa yang Round Robin mahukan dan di suruhnya untuk membuat satu list keinginan. Round Robin pun pulang.


Setelah pulang, Round Robin mengadakan meeting band. Mereka mengadakan undian samaada untuk menjadi artis naungan InterGlobal atau tidak. Kesemua anggota Round Robin bersetuju tetapi tidak dengan Pako. Dia masih berpendapat Round Robin harus terus menjadi sebuah band independent. Dia mengatakan Round Robin harus secara sendiri menerbitkan E.P atau album.


Sehar agak kecewa dengan pendirian Pako. Dia tidak nampak relevannya cadangan Pako kerana , kos recording album Round Robin di IseekMusic sebelum ini di tanggung oleh Iskandar dan Sehar sendiri dimana dia merupakan penyumbang terbesar. Dan InterGlobal telah berjanji akan membayar RM5000 kepada Round Robin bagi mendapatkan hak penerbitan album pertama Round Robin . Jumlah ini memberi pulangan modal dan sedikit untung untuk Round Robin , khasnya Sehar.
Sehar mengatakan ini adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Nothing to loose here !. Round Robin tidak akan rugi apa-apa dari sudut kewangan. InterGlobal sendiri akan mencetak cd bagi pembuatan album Round Robin yang diberi judul Philophobic dan album itu akan diletakkan di kedai-kedai penjualan cd di Malaysia. Soal distribusi tidak akan keluar. Judul itu merupakan idea dan hak eksklusif Pako utk penentuan nama-nama lagu dan album.


Sehar juga mengatakan jika Round Robin tidak mengambil peluang ini, Sehar sendiri akan mengeluarkan wang untuk kos percetakan cd dan kulit album , serta anggota band itu sendiri akan turun padang menjual cd Philophobic secara by hand. Agak payah dan menyusahkan pada pandangan Sehar dan yang lain. Sehar sudah tidak mampu lagi utk menanggung kos. Baginya , tawaran ini merupakan peluang keemasan. Setelah ‘dibasuh’ oleh anggota Round Robin yang lain, Pako pun bersetuju dan membenarkan Round Robin menjadi artis band dibawah naungan InterGlobal. Lalu bersama-sama membuat list apa yang mahukan.


KEJADIAN PELIK


Pada 7th May 2011 , Round Robin telah bermain di satu show di Shah Alam anjuran Frinjan. Setelah membuat persembahan dengan baik, Round Robin bersiap hendak pulang. Round Robin datang ke lokasi persembahan dgn menaiki van milik Sehar. Setelah kesemua barang diletakkan dibelakang, van pun bergerak. Setelah seketika di jalanraya apabila sedang bergerak, tiba-tiba pintu belakang van terbuka dengan sendiri.


Terkejut, Sehar memberhentikan van ditepi jalan dan memeriksa dibelakang utk melihat keadaan instrument-intrumen Round Robin. Sehar mendapati bass Pako yang berjenama Washburn telah hilang.  Dengan pantas, Round Robin berpatah kembali ke lokasi persembahan. Mencari di serata tempat dan bertanya pada orang ramai, masih jua tidak ditemui gitar bass itu. Sehar bertanyakan kepada Pako samaada Pako ada meletakkan gitar bassnya ke belakang van. Pako mengatakan ada.


Setelah difikirkan dengan mendalam tentang kejadian pelik itu, Round Robin akhirnya dapat mengagak apa yang berlaku. Pako memang meletakkan gitar bassnya di belakang van Sehar. Dia ialah orang yang terakhir menutup pintu van belakang apabila kesemua instrumen milik Round Robin dimasukkan. Sehar mengagak bahawa Pako tidak tutup rapat pintu belakang van. Semasa melalui bonggol jalan, pintu belakang van itu terbuka dan gitar bass Pako terjatuh. Ia terjatuh kerana Pako meletakkan gitar bassnya secara berdiri. Apabila terbuka, dengan senang ia terjatuh. Apabila diperiksa sepanjang jalan sehingga titik sedarnya pintu van terbuka, gitar bass itu masih jua tidak ditemui. Agaknya semasa gitar bass itu terjatuh, terdapat seseorang dibelakang Round Robin. Menyedari gitar bass terjatuh, dgn pantas orang yg dibelakang mengambil gitar bass tersebut. Malam yang tiada rezeki utk Round Robin. Moral Pako untuk bermusik pun turun sedikit.


Setelah bermesyuarat, Round Robin bersetuju untuk menjadi artis naungan InterGlobal Music. Sehar menghubungi Arnie Monteiro menyatakan persetujuan Round Robin.  Monteiro pun menetapkan satu tarikh utk menandatangani kontrak antara dua pihak ini.  Waktu dan tarikh yang dipilih ialah tengahari 14 Jun 2011.

MENANDATANGANI KONTRAK SERTA PARANOIA

Semasa perjumpaan menandatangani kontrak, kesemua Round Robin tiba awal kecuali Pako. Dia tiba dengan lewat sekali. Tanpa menunggu Pako, Round Robin dan InterGlobal Music meneruskan perbincangan dengan meneliti kontrak yang disediakan. Syarat-syarat yang diletakkan InterGlobal terhadap Round Robin agak memuaskan dan tidak berat sebelah.  


Apabila separuh dari kontrak itu disemak, Pako pun tiba di pejabat InterGlobal yang terletak di Wangsa Maju. Penampilan Pako pada hari itu agak tidak terurus. Apabila ditanya, dia mengatakan yang dari baru bangkit dari tidur.  Hendak tak hendak, meneliti kontrak dilakukan sekali lagi dari mula. Pako bertanya bermacam-macam soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Yang memeningkan semua orang ialah dia bertanya dalam bahasa Inggeris tetapi gaya bahasa Inggeris dia susah untuk difahami oleh semua orang.  Persoalan persoalan yang dia keluarkan sudah pun ditanya dan dijawab sebelum ketibaan dia. Gaya perbincangan Pako dengan bahasa Inggeris yang pelik, menyebabkan mesyuarat itu mempunyai aura yang tidak enak.


Sehar mulai menyampah dengan gaya bahasa Inggeris si Pako, menyatakan kepada Pako supaya bercakap sahaja dalam Bahasa Melayu kerana kesemua yang berada di dalam bilik itu memahami Bahasa Melayu. Pako membalas harus berbahasa Inggeris kerana kontrak bertulis Bahasa Inggeris. Agak memeningkan, Ashley pula berkata kontrak berbahasa Inggeris tidak bermakna perbincangan dalam bahasa Inggeris.

Sehar dah rasa tidak senang dan menekankan kepada Pako yang pada waktu duduk bersebelahan dgn dirinya, supaya berbahasa Melayu supaya senang orang faham. Dengan tiba-tiba, Pako berkata kepada Sehar supaya jangan jadi bodoh. Jangan kena tipu dengan bangsa lain, maksud Pako.


Sehar mulai naik angin. Dia menghentak meja didepan orang-orang InterGlobal dan bangun serta merta sehingga kerusinya jatuh. Dia menjerit kepada Pako bertanyakan apa masalah Pako hari ini. Yang lain semua terkejut. Ashley Gibson, seperti biasa orang yang paling cool didalam band, hanya berdiam diri melihat. Setelah Sehar menjerit dan bangun, dia beredar dari bilik mesyuarat dan turun keluar dari pejabat InterGlobal Music.  Pako menyusul selepas itu. Sebelum Pako dapat keluar dari bilik itu,  tuan punya label , Encik Cheah Mun Kit memegang bahu Pako supaya jangan bergaduh. Tetapi Pako menepis tangan Mun Kit dan menyatakan kepada Mun Kit bahawa Mun Kit bukan ahli keluarganya. Ashley pun turun ke bawah, mengikuti Pako dari belakang. Bob kekal berada di dalam bilik mesyuarat dan menenangkan keadaan. Monteiro dan Liew Voon Kee terkejut dan terkedu apa yang berlaku.


Pako dan Sehar bertekak di bawah. Pako mengatakan bahawa Round Robin harus berhati-hati untuk menjadi artis dibawah naungan InterGlobal. Entah dari mana pada hari itu, Pako tiba-tiba mempunyai sikap sedikkit rasis. Dia tidak mempercayai bangsa lain.


Sehar pula mengatakan, dia sudah mengeluarkan ribuan wang utk proses rakaman album Round Robin dan tentunya dia ingin wangnya kembali setelah mendapat tawaran dari InterGlobal. Dan Sehar terpaksa mengeluarkan lagi wang untuk proses cetakan kulit album serta cetakan cd Philophobic jika tidak mengambil tawaran InterGlobal. Mahu tidak mahu, dia kena mengeluarkan sejumlah wang kerana dia sudah pun berlabur dalam proses rakaman. Sehar tidak mahu apa yang Pako mahukan. Tiada jaminan cd album akan terjual habis jika album dijual sendiri. Pako tidak rugi satu sen pun. Yang akan rugi ialah Sehar sendiri. Oleh itu, Sehar berkeras  agar Round Robin menandatangani kontrak tersebut. Dia berkeras akan menandatangani kontrak tersebut walaupun tanpa Pako. Sehar berpendapat zaman Indie sudah tidak seperti dahulu. Orang tidak lagi membeli cd. Mereka lebih memilih untuk download. Tawaran InterGlobal utk mengeluarkan cd Round Robin dan cd itu diletakkan di rak-rak cd kedai-kedai musik, susah untuk dilepaskan. Lagipun Round Robin sendiri tidak akan ada masa untuk menjual sendiri cd album. Merugikan masa dan tenaga serta keuntungan yang tidak seberapa.


Tiba-tiba Pako menangis dan memeluk Sehar lalu menangis. Dia menangis kerana dia begitu takut ditipu sekali lagi. Ashley dan Sehar menenangkan Pako. Mereka menyatakan tiada apa yang harus ditakutkan. Round Robin tidak akan rugi apa-apa pun. Setelah keadaan mulai reda, Sehar, Pako dan Ashley memasuki kembali bilik mesyuarat dan dengan cepat Haizad menyatakan Round Robin bersetuju untuk menandatangani kontrak.


Cheah Mun Kit, Voon Kee serta Monteiro agak terkejut sekali lagi. Mereka berpandangan antara satu sama lain dan terfikirkan apa yang berlaku tadi. Meraka menyangkakan Round Robin sudah menolak tawaran tersebut. Bob masih lagi berada di dalam bilik itu bersama mereka. Lalu Round Robin dengan selamba menandatangani kontrak tersebut. Secara rasminya, Round Robin menjadi artis naungan InterGlobal Music.

Got signed. 
Jika Bob turut sama keluar dari bilik mesyuarat semasa pergaduhan, rasanya pintu menandatangani kontrak pun sudah ditutup. InterGlobal menjadi tawar hati atas apa yang berlaku. Tetapi Bob berada di dalam bilik itu sambil berbual-bual dgn pihak InterGlobal dan menyatakan ini adalah ‘perkara biasa’ dlm Round Robin.


Selesai sahaja menandatangani kontrak, Monteiro memberitahu bahawa terdapat satu show menunggu Round Robin di Club 11.45, Petaling Jaya. Monteiro menyatakan ia merupakan persembahan meraikan Round Robin menandatangani kontrak. Round Robin turutkan sahaja.


Round Robin pun beredar. Ashley Gibson pun pulang ke Subang Jaya. Sehar, Bob dan Pako pulang ke rumah Haizad yang berada di Damansara Damai. Persembahan di Club 11:45 bermula pada jam 8.30 mlm.


Pada lewat petang itu, Sehar, Bob dan Pako awalkan makan malam mereka. Sambil makan, Pako bercerita yang dia sedang membuat kajian tentang salasilah sejarah keluarganya. Umum diberitahu bahawa Pako ada seorang yang suka membaca mengenai sejarah terutama membabitkan sejarah bangsa Melayu. Menurut Pako, keluarganya mempunyai sejarah menyimpan saka. Menurutnya lagi, sejarah keluarganya bersangkut paut kepada keturunan Panglima Hitam, yang secara mitosnya akan memberikan panji hitam atau bendera hitam kepada Imam Mahdi untuk memulakan peperangan. Bob dan Sehar hanya mendengar sahaja. Mereka tidak tahu bagaimana untuk respon. Terasa mengarut pun ada.


Round Robin berkumpul di Club 11:45 pada jam 8 malam.  Persembahan bermula jam 9 malam. Persembahan Round Robin pada malam itu agar longgar. Tidak tight. Manakan tidak, Sehar dan Pako dijamu minuman beer dan liquor oleh Arnie Monteiro.  Bob dan Ashley tidak minum. Keseluruhan persembahan Round Robin pada malam itu dikatakan dipengaruhi alkohol.

THE DEATH


Persembahan di Club 11:45 merupakan persembahan yang terakhir untuk Pako. 3 minggu selepas persembahan , Pako telah meninggal dunia pada petang hari Rabu bersamaan 6 July 2011. Punca kematian beliau tidak terang. Terdapat banyak spekulasi.


Anggota Round Robin yang terawal mengetahui kematian Pako ialah Bob. Bob telah dihubungi oleh keluarga Pako. Dari Bob , berita kematian Pako disebarkan. Sehar merupakan orang yang terakhir yang mengetahui kematian Pako kerana pada petang hari kematian, Sehar telah menutup telefon bimbitnya dan tidur petang.  Waktu dia berada di Perak. Dia hanya mengetahui kematian Pako menerusi adik perempuannya pada waktu malam. Adik perempuannya dihubungi oleh rakan Round Robin, iaitu Faris Hadziq.


Bob,Ashley serta rakan-rakan yang lain berkunjung ke rumah arwah Pako pada malam harinya. Mereka bertanya kepada keluarga Pako, apakah punca kematian. Mereka menjawab bahawa penyakit lemah jantung menjadi penyebab. Famili Pako tidak membuat post-mortem kepada jenazah Pako kerana takut menyakitkan jenazah tersebut. Maka arwah Pako dikebumikan terus.


Sehar bergerak dari Perak pada pagi hari pengkebumian Pako. Dia ditemani oleh Hanafi Napi. Arwah Pako dijangka akan dikebumikan selepas solat zuhur. Semasa perjalanan, fikiran Sehar asyik memikirkan tentang Pako. Terdapat banyak persoalan.


Sehar singgah di Bandar Utama utk mengambil tunangnya, Hid Hans , yang juga mengenali dan berkawan dengan arwah Pako. Minyak van Sehar mulai kering. Akibat terlalu memikirkan tentang Pako, Haizad telah membuat kesilapan dengan mengisi minyak petrol ke dalam van miliknya padahal vannya menggunakan minyak diesel. Tidak disedarinya , dia pun bergerak. Selepas tol Damansara, enjin van tersebut pun mati.  Plus Ronda tiba utk memberi pertolongan. Mereka menunda van tersebut dan bergerak kearah tol Kota Damansara.


Dari tol Kota Damansara, Ashley Gibson dan Dzul mengambil Sehar ,Hid dan Hanapi lalu menuju ke Sungai Buloh. Ashley dan Dzul awal lagi sudah berada di Sungai Buloh.  Jenazah arwah Pako dikebumikan di perkuburan Sungai Buloh.


Tiba di tanah perkuburan, jenazah arwah sedang dikambus. Terdapat ramai sanak saudara dan rakan-rakan arwah menghadiri pengkebumian arwah Pako. Ramai yang tidak menyangka seseorang yang berumur 25 tahun boleh kena serangan lemah jantung padahal umum mengetahui Pako hanya seorang perokok sosial. Dia hanya merokok jika bersama kawan-kawan yang merokok.


Selesai sahaja bacaan talkin, anggota Round Robin bertanyakan kepada keluarga mengapa tidak dilakukan post mortem pada jenazah. Keluarga Pako hanya menjawab tidak mahu menyakitkan jenazah.


Semasa berbual-bual bersama rakan-rakan kolej arwah Pako Rudin, mereka telah memberi 2 buah video terakhir arwah semasa dia masih hidup kepada Sehar.  Video pertama ialah video 3 hari sebelum Pako meninggal dunia sementara video kedua ialah video 2 hari sebelum kematian.  Dikatakan terdapat video sehari sebelum Pako meninggal dunia tetapi video itu tidak berada di dalam tangan anggota Round Robin. Video itu terdapat dikalangan rakan-rakan rumah sewa arwah Pako.


3 hari sebelum Pako meninggal dunia iaitu pada awal pagi hari Isnin, Round Robin mengadakan latihan di Sys Ex Studio, Subang. Studio yang biasa dan selalu Round Robin berlatih. Hari itu merupakan hari terakhir Pako berlatih bersama bandnya. Dan hari terakhir beliau bersama Round Robin agak tegang.


Pako tiba lewat ke studio. Buat masa itu, Pako selalu lewat ke studio kerana pola waktu tidurnya tunggang langgang.  Anggota Round Robin yang lain tidak senang dengan kelewatan Pako. Yang lain mahu selesai awal latihan kali ini.


Tetapi ketibaan Pako kali ini berlainan.  Anggota RR yang lain tidak memahami apa yang diperbualkan oleh Pako. Pako banyak memperkatakan tentang mistik bercampur dengan agama serta isu bangsa.  Yang lain tidak mempedulikan Pako. Semasa Pako berseorangan dengan seorang rakan iaitu Shahir, dia menyatakan studio Sys Ex penuh dengan kekotoran dan juga menyatakan terdapat pontianak di dalam studio ini.  Dia juga kelihatan bercakap seorang diri. Bahasa yang digunakan tidak difahami.


Yang lain pelik dengan Pako. Sehar sudah mula tidak senang duduk. Dia mulai ragu-ragu dengan Pako. Dia mengesyaki bahawa Pako sedang berada dibawah pengaruh syabu atau methamphetamine. Pako ditanya berulangkali adakah dia mengambil dadah syabu. Pako menjawab tidak. Dia mengatakan bahawa dia tidak mengambil syabu. Bahkan dia benci kepada orang yang mengambil syabu.  Senang untuk mengetahui bagaimana untuk mengenali orang mengambil syabu. Gigi akan mengetip-ngetip dan merokok rokok jenama Sempoerna Hijau secara berterusan. Tetapi kesemua tanda ini tiada pada diri Pako.  Apa yang nampak ialah fizikal Pako. Pako kelihatan tidak cukup tidur dan badan dia tersangat kurus. Boleh nampak rangka. Sememangnya Pako seorang yang kurus tetapi kekurusan yang dia alami ada waktu itu semakin teruk.
Sehar mulai tak keruan dgn keadaan Pako yang bercakap seorang diri.  Sehar agak risau dengan keadaan Pako , lebih lagi Pako adalah pencipta lagu dalam band Round Robin. Untuk mengetahui apa yang berada dalam otak Pako, Sehar bertempik mengeluarkan azan. Pako datang dan mengatakan azan yang dikeluarkan telah menyebabkan jin jin yang berdamping dengannya melarikan diri. Ini membuat Sehar agak panas hati dan takut pada waktu yang sama. Untuk menyedarkan Pako berada di dalam halusinasi, Sehar menggertak Pako dengan mahu menghentaknya dengan  sebuah steering-lock . Dia hanya mahu mengugut agar Pako sedar. Tetapi Sehar tidak menghentak Pako pun. Sebaliknya Pako datang pada Sehar, memegang kepala Sehar dan mulut Pako berkumat-kumit membacakan sesuatu. Sehar hanya membiarkan.


Setelah keadaan reda, Round Robin memulakan latihan. Kesemua lagu Round Robin dimainkan termasuk lagu-lagu baru.  Permainan bass Pako pada malam itu sungguh bagus.  Hidup permainannya pada malam itu. Nyanyian dia pun selamba sahaja.  Permainan Round Robin pada malam itu pun bagus dan ketat.


Lagu baru, Suratan Karma adalah lagu terakhir Round Robin berlatih bersama Pako.
Semasa lagu Suratan Karma di latih buat kali ketiga, Pako berhenti bermain bass. Dia meletakkan gitar bass milik studio di tepi amplifier bass dan mengatakan dia beredar dahulu. Itu ialah kali terakhir anggota Round Robin melihat Pako hidup.  Sebelum dia beredar dengan motornya, dia mengatakan bahawa anggota Round Robin tidak faham situasi dirinya ketika itu. Menurut rakan-rakan yang berada dibawah semasa Pako hendak pulang, Pako mengajak pulang ‘jin-jin’ yang berdamping dengannya. Dia menamakan pendampingnya dengan label B1 sehingga B5.  Keadaan itu menakutkan Shahir dan Dzul, yang ketika itu berada dibawah bersama Pako.


Pada keesokkan malamnya, iaitu Isnin malam Selasa, Sehar telah menerima panggilan dari Ruds , iaitu rakan beliau yang juga merupakan rakan Pako. Pako memang diketahui selalu berkunjung ke rumah Ruds dan Didie. Mereka merupakan rakan yang baik kepada Sehar dan Pako. Mereka juga merupakan supporter band Round Robin.


Ruds memberitahu bahawa Pako berkunjung kerumahnya. Tetapi dia agak pelik dan takut dengan kelakuan Pako.  Ruds berkata yang Pako bercakap tentang hal yang dia tidak fahami. Hal hal yang membabitkan dunia persilatan. Rakan rumahnya secara sembunyi merakamkan kelakuan Pako pada malam itu. Ini merupakan video 3 hari sebelum Pako meninggal dunia.  Kelakuan Pako yang bersilat secara tiba-tiba menakutkan mereka. Pako tidak menyerang sesiapa pun pada malam itu. Dia hanya berdemo menunjukkan gaya silat yang entah dimana dia pelajari dan bercakap tentang silat tetapi dengan gaya bahasa yang sukar difahami. Ruds menghubungi Sehar agar mengambil pulang Pako kerana mereka sudah mahu tidur. Sehar kata  dia pun tidak dapat berkomunikasi lagi dengan Pako. Sehar merasakan tidak guna jika dia ke rumah Ruds jika Pako tidak mahu mendengar cakapnya. Sehar memberitahu kepada Ruds agar membiarkan sahaja Pako. Sehar beranggapan yang Pako tidak cukup tidur dan Pako perlu tidur untuk tenaga bandannya serta merehatkan otaknya. Pako diketahui yang suka berfikir hingga susah utk tidur.


Pada pagi jam 5 pagi, Pako beredar dari rumah Ruds dan menuju ke rumah sewanya di Seksyen 2, Wangsa Maju.  Semasa di rumah, dia tidak tidur dan berbual dengan rakan kolejnya yang juga merupakan rakan rumah sewanya iaitu Eddie. Eddie merakamkan video melalui telefon bimbitnya.  Video ini merupakan video 2 hari sebelum dia meninggal dunia. Isu isu hal dari mana asalnya bangsa Melayu dan kisah salasilah keluarganya dikupas oleh Pako. Tetapi Eddie pun tidak memahami apa yang dikatakan oleh Pako kerana Pako suka melompat topik dari satu point ke satu point yang lain. Ini berlaku pada waktu pagi .


Dikatakan pada tengahari di rumah sewa Pako , Pako tetiba mengamuk dan menjerit-jerit di luar rumah. Dia menjerit-jerit menyatakan ketidakpuashatinya terhadap kaum Cina. Rakan-rakan rumahnya cuak dan menarik Pako ke dalam. Keluarga Pako di hubungi. Pada petang Selasa itu juga, bapa Pako tiba di rumah sewa mereka.


Menurut rakan-rakan rumah sewa Pako , bapa Pako tiba dan membawa Pako berjumpa dengan seorang bomoh di Behrang, Selangor untuk berubat. Mungkin pada pandangan bapa Pako, anaknya telah di sampuk oleh sesuatu kerana keluarganya mempunyai sejarah kait-rapat dalam dunia ghaib. Seorang dua rakan rumah sewa Pako mengikuti mereka ke Behrang. Mereka sempat merakam video apa yang berlaku di Behrang, video terakhir memperlihatkan Pako hidup. Dikatakan Pako telah bersilat dgn toh bomoh tersebut. Selepas seketika, Pako menjadi lemah.


Menurut tok bomoh tersebut, dia berjaya mengeluarkan 4 ekor jin dari tubuh Pako tetapi tidak berjaya menghalau keluar jin yang terakhir. Selesai sudah, mereka pun pulang. Pako dibawa pulang ke Sungai Buloh, rumahnya.


Pada pagi hari Rabu, di hari kematian, keadaan Pako kembali teruk. Dia bersilat kembali. Dia kini menjadi bahaya kepada familinya dirumah. Bapa Pako, iaitu Encik Nordin menghubungi tok bomoh semalam dan meminta pertolongan. Bomoh itu tiba pada tengahari. Dia melakukan apa yang patut. Dia cuba berlawan dan bersilat dgn Pako secara batin. Setelah beberapa jam proses itu berterusan, Pako kepenatan. Dia kelihatan sudah pulih. Lalu dia masuk ke biliknya dan tidur. Pada waktu petang, famili Pako mendapati Pako sudah tidak bernyawa lagi. Dia meninggal di atas tilamnya. Dia meninggal dalam tidurnya. Punca lemah jantung di tulis dalam sijil kematian Pako.


SPEKULASI & ANGKER


Pelbagai spekulasi mengenai kematian Pako.  Ada yang mengatakan Pako mengambil syabu. Syabu menyebabkan pemikiran sesorang itu menjadi tidak waras. Tidak waras akibat efek mengambilan syabu yang tidak tidur berhari-hari. Tetapi tanda-tanda seorang yang mengambil syabu tiada kelihatan pada diri arwah Pako sebelum ini. Anggota Round Robin mengetahui yang rakan-rakan rumah sewanya ada yang mengambil syabu. Ini mungkin mempengaruhi Pako. Akibat dari pengambilan syabu, dia menjadi pemikir yang berlebihan sehingga tidak tidur, menjadi obses dgn hal hal berkaitan bangsa Melayu serta obses dengan sejarah salasilah keluarganya.  Tetapi tiada kepastian yang dia mengambil syabu kerana post mortem tidak dilakukan oleh family beliau.


Ada juga mengatakan Pako sememangnya telah disampok oleh sesuatu yang ghaib. Dikatakan 4 hari seblum dia meninggal,  sehari sebelum hari terakhir Pako berlatih bersama Round Robin , dia dikatakan telah menemani seorang kawan iaitu  Fakarudin pergi memancing di kawasan Kelang. Dari situ, Pako dikatakan disampok oleh sesuatu. Sesetengah rakan percaya yang Pako memang disampok kerana famili Pako membawa Pako berjumpa dengan bomoh untuk dipulihkan. Apatah lagi Pako pernah menyatakan bahawa keluarganya mempunyai sejarah saka. Tetapi hal ini juga tiada kesahihannya.  Ini hanya cakap mulut sahaja. Tiada bukti saintifik.


Ada juga berspekulasi bahawa Pako bukan mengambil syabu atau di sampok sesuatu.  Mereka beranggapan memang sudah tiba masanya Pako untuk pergi. Sudah ajal orang kata.  Kelakuan obsesnya dan bercakap merapu merupakan tanda-tanda dia hendak pergi.  3 minggu sebelum dia meninggal adalah tempoh dimana orang ramai sudah tidak memahami diri Pako lagi.


Facebook band Round Robin dipenuhi ucapan takziah.  Abg Rom, dari majalah Rhythm Of The Third World (ROTTW) turut menghubungi Round Robin dan memberi ucapan takziah. Jumlah LIKE tiba tiba sahaja meningkat mendadak.Kira-kira 100 jumlah LIKE yang diterima pada satu hari. Ramai yang bertanya kepada Round Robin tentang punca kematian Pako. Tetapi Round Robin tidak dapat menjawab kerana tidak pasti. Round Robin hanya boleh menjawab ianya disebabkan penyakit lemah jantung.  Ramai yang masih tertanya apakah punca kematiannya. Sehingga hari ini, ia tidak terjawab.  Round Robin juga telah mengadakan majlis tahlil untuk arwah Pako. Majlis tahlil diadakan di Studio Sys Ex. Ramai yang mengenali diri Pako menghadiri tahlil tersebut. Majlis tahlil tersebut diketuai oleh Bob.


Pada waktu ini juga, album pertama Philophobic masih belum siap proses adunannya. Adunan dilakukan juga di IseekMusic oleh Mokhtar. Menurut Mokhtar dia telah mengalami peristiwa pelik selepas seminggu Pako meninggal dunia. Dia menyatakan bahawa sebuah kerusi berpusing dengan sendiri semasa lagu Round Robin sedang diadun.  Dia menganggap mungkin frekuensi bass yang berupaya menggerakkan kerusi tersebut. Dia cuba mainkan lagu band lain, kerusi tidak berpusing. Kerusi hanya berpusing jika dia sedang mengadun lagu-lagu Round Robin. Berkemungkinan roh arwah sedang melawat Mokhtar dan melihat proses adunan albumnya.


Proses mastering pula dilakukan oleh Eugene di Pertama Music Studio, Cheras. Bagi Eugene, lagu Rafla Jingga yg terdapat di dalam album Philophobic adalah sebuah lagu yang crack bagi dia. Dia menganggap lagu Rafla Jingga itu seperti dicipta oleh orang yang mengambil dadah.


ROYALTI & PENYESALAN


Bulan Puasa 2011 , 3 minggu/sebulan selepas ketiadaan Pako.
Oleh kerana Pako sudah meninggal dunia, Round Robin menghadapai masalah dalam pendaftaran lagu di Music Author’s Copyright Protection (MACP) yang dibantu pendaftarannya oleh InterGlobal Music. Pendaftaran dilakukan agar hasil royalti penjualan album serta royalti airplay radio boleh diperolehi oleh Round Robin. Akan tetapi kesemua lagu-lagu dan lirik-lirik dicipta oleh Pako dan nama seorang yang sudah meninggal dunia tidak boleh didaftarkan di dalam MACP sebagai pencipta lagu dan lirik. Round Robin amanah. Mereka mendaftar hak cipta lirik-lirik lagu Round Robin di atas nama Nurul Adilah. Adilah ialah adik perempuan kepada arwah Pako dan Round Robin beranggapan keluarga Pako harus menerima hasil yang diusahakan oleh arwah Pako. Round Robin tidak mahu mengambil hak yang bukan milik mereka. Hakcipta lagu didaftar secara beramai-ramai. Walaupun Pako yang mencipta lagu-lagu Round Robin tetapi anggota yang lain turut menyumbang sesuatu sehingga lagu-lagu Round Robin itu lengkap.


Ashley Gibson adalah satu-satunya anggota Round Robin yang bermimpikan arwah. Di dalam mimpi itu, arwah dikatakan datang ke studio dan melepak bersama Ashley. Yang lain sampai sekarang, tidak mimpikan arwah.


Sebenarnya, anggota Round Robin menyesal kerana tidak melakukan sesuatu untuk membantu Pako. Menyesal kerana membiarkan Pako di dalam dunianya sendiri. Sepatutnya pada malam terakhir arwah berlatih bersama band, dia sepatutnya dikurung di dalam studio dan dikurung dengan harapan supaya dia tidur. Round Robin beranggapan Pako tidak cukup tidur. Namun nasi sudah menjadi bubur. Round Robin tidak tahu sehingga sekarang ,masalah apakah yg membelenggu Pako sebelum ini.


Ketiadaan Pako menyebabkan posisi bass sedang terbuka untuk orang lain. Round Robin masih juga mencari vokalis sesuai menggantikan Iskandar yang bertindak meninggalkan band pada malam tahun baru yang lepas.


RE-BOOT


Round Robin mengadakan audisi mencari vokalis. Antara mereka yang menghadiri audisi itu ialah Saiful Rudean dari Meat Phlow. Tetapi ciri-ciri yang ada pada Saiful tidak menepati apa yang Round Robin mahukan.  Round Robin terus mencari.


Nama Mateng Superlova dicadangkan oleh Ezzad Ezzuddin sebagai vokalis. Ezzad merupakan rakan Round Robin. Seorang bassist di dalam band Skudap Skudip, sebuah band ska yang besar namanya.  Orang yang dicadangkan iaitu Mateng, mempunyai sebuah band pada sebelum ini. Band beliau adalah bernama Sinopsis. Sinopsis membawa genre Garage Rock.  Tetapi band ini sudah tidak aktif. Penubuhan band itu lebih merupakan ikutan kepada trend semasa iaitu fenomena Indie Boom Year. Mateng telah diajak dan dihubungi. Lagu pun sudah diberi tetapi Mateng tidak menunjukkan minat terhadap lagu dan gaya Round Robin. Maka nama Mateng digugurkan.


Pada bulan hujung October 2011 , Ashley Gibson telah menemui seorang vokalis yang sesuai. Dia menjumpai Ejoy Syafizul semasa dia melakukan kerja event di luar. Waktu itu, terdapat acara karaoke pada majlis perkahwinan yang di hadiri oleh Ejoy. Ejoy menyanyikan sebuah lagu Beatles. Ashley yang pada waktu sedang bekerja menjadi juruaudio di majlis berkenaan, tertarik dengan gaya vokalnya lalu Ashley mengambil nombor telefon Ejoy. Pada hari yang lain, dia menghubungi Ejoy dan menyatakan hasrat Round Robin supaya Ejoy datang menghadiri audisi yang akan diadakan. Ejoy bersetuju.


Hari audisi telah tiba. Ejoy datang pada malam audisi tersebut. 2 lagu yang beliau cuba iaitu lagu Omashita dan Helah.  Setelah selesai audisi, anggota Round Robin berbincang sesame mereka dan menetapkan keputusan bahawa Round Robin ingin mengambil Ejoy sebagai vokalis. Ejoy bersetuju menjadi vokalis Round Robin secara rasmi.

mendapat jemputan ke majlis raya dari Melodi TV3


Di dalam posisi bass pula , Round Robin tidak perlu mencari seorang bassist yang menggantikan Pako dengan jauh. Ashley meminta khidmat Ezzad Ezzuddin menjadi bassist Round Robin. Ezzad selalu ada berada di studio semasa Round Robin berlatih, maka dia tidak mempunyai masalah. Lagipun Pako juga adalah rakan kepadanya, maka dia cuba menolong apa yang boleh. Bagi Round Robin, ini adalah bonus yang besar kerana tone permainan Ezzad lebih bagus dari tone arwah walaupun attitude arwah bermain bass lebih tepat pada elemen Round Robin.  Dan Ezzad Ezzuddin pada waktu itu telah bertindak keluar dari band skanya iaitu Skudap Skudip. Dia bertindak keluar band sebelum Skudap Skudip sempat menaiki stage dan membuat persembahan di Konsert TV9.  Ezzad Ezzuddin pun selalu berkunjung ke studio maka akan tiada masalah kehadiran latihan Round Robin. Ezzad bersetuju menyertai Round Robin.
Pako and Ezzad

Round Robin juga menambah seorang lagi anggota ke dalam Round Robin. Anggota ini akan menjadi seorang ahli keyboard di dalam band. Orang itu ialah Aizad Yusof atau lebih mesra dikenali sebagai Ijatt Alnico.  Sehar berpendapat perlu menambah bunyian keyboard didalam lagu lagu terbaru Round Robin kerana lagu-lagu yang mendatang semakin kompleks dan ingin penuhkan ruang di dalam lagu-lagu Round Robin. Ijatt Alnico juga merupakan anggota Skudap Skudip yang bertindak keluar dari band,seperti Ezzad.  Dia bersetuju menyertai Round Robin apabila ditanya oleh Sehar tanpa sebarang masalah.  Pada mulanya Sehar ingin mengajak Amarisa Rosales, iaitu seorang rakan kolejnya pada waktu lepas dan juga sebahagian dari team teknikal MonoloQue. Tetapi Sehar mengubah keputusan pada minit akhir dengan mengajak Ijatt Alnico atas sebab-sebab tertentu. Kemasukan Ijatt Alnico merupakan satu bonus untuk Round Robin kerana Ijatt berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam dunia musik underground Malaysia serta pengalaman beliau dari segi teknikal juga tinggi. Band lama beliau yang bernama Marshmellows. Sebuah grunge dari Kota Kemuning.


Photoshoot in SS19 , Subang Jaya
Ovo Bistro ( 2nd time)

Kini Round Robin dianggotai 6 orang.  Ijatt akan bermain synthesizer bersama keyboard. Ijatt mengganti Bob sebentar kerana Bob kini bercuti dari band buat sementara. Dia ingin fokus kepada pembelajarannya di peringkat Master dan ingin focus kepada side project band beliau iaitu Gespenst. Bob akan menyertai kembali Round Robin apabila proses rakaman album kedua bermula.


Doppel Kafe, Annexe Central Market



ALBUM PERTAMA & CORPORATE MAGAZINES


courtesy of Kedai Auntie






Pada 28 Oktober 2011, album pertama Round Robin secara rasminya telah dikeluarkan. Anggota Round Robin yang lain agak sebak kerana arwah Pako tidak sempat melihat hasil usahanya di komersialkan. Hampir 700 keping album Round Robin dikeluarkan.

The Philophobic
Tahun 2012 merupakan tahun yang paling sedikit jumlah persembahan iaitu sehingga sekarang hanya 4 buah persembahan.  Tetapi 2012 juga merupakan tahun media untuk Round Robin. Pelbagai sesi photoshoot dan interview di hadiri oleh Round Robin.  Kisah dan gambar Round Robin telah dipaparkan di akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan juga Kosmo. Kisah Round Robin juga turut dipaparkan di majalah-majalah hiburan seperti Remaja, Media Hiburan, Mangga dan lain-lain. Ini semua merupakan hasil usaha PR InterGlobal yang bernama Zee. Ahli Round Robin memanggilnya sebagai Kak Zee. Kisah bercetak pertama mengenai Round Robin ialah dari majalah ROTTW (Rhythm Of The Third World). Ini berlaku sebelum arwah Pako meninggal lagi.

Tahun 2012 juga menyaksikan kekerapan Round Robin keluar live dikaca televisyen. Lazimnya membuat persembahan akustik, Round Robin telah keluar secara live di rancangan televisyen iaitu antaranya ialah Selamat Pagi Malaysia di RTM1 , Hypp Tv dari Bernama TV , Hello On 2 di RTM2 ,  Diva @ 1 di RTM1 , Nasi Lemak Kopi O di TV9 ,Propaganza di Astro, Galaksi di TV9, Rakaman miming Live Detik Seratus Hari Olimpik di TV1 dimana Round Robin dibayar sebanyak RM2000, iaitu pembayaran yang tertinggi Round Robin pernah perolehi.


Wawancara radio juga Round Robin tidak ketinggalan. Round Robin telah menghadiri beberapa wawancara radio antaranya ialah di UiTM Fm , National Fm,  KLFm serta Muzik Fm. Kesemua ini adalah hasil usaha PR InterGlobal iaitu Kak Zee. InterGlobal Music menjalankan tugasnya sebagai label band dengan mempromosi Round Robin. Kesemua ini terkandung di dalam
kontrak yang ditandatangani.










Muzik-Muzik , Sri Pentas 2
NLKO, Sri Pentas.


Standing Wave Studio / University Of Rock N Roll , SS15. Studio jamming rasmi RR dari 2012-2014. Pembuatan Das Pink album dibuat disini.



DAS PINK ALBUM DAN PENGAKHIRAN

Loque approved.
Pada waktu sekarang , Round Robin di dalam proses memulakan rakaman album kedua. Round Robin tidak perlu membuat lagu baru buat masa ini kerana arwah Pako sempat meninggalkan beberapa lagu baru beliau yang Round Robin harus habiskan. Antara lagu-lagu baru itu ialah Egoiz, Destinasi, Suratan Karma, Bicara, Macam-Macam, Gila Bayang, Anjakan Paradigma dan berkemungkinan 2 buah lagu program yang dibuat oleh Bob , seperti lagu Interlude dan Epilog di dalam album pertama. Lagu Egoiz merupakan lagu yang terawal di latih semasa arwah masih hidup. Lagu terakhir yang ditunjukkan oleh arwah kepada ahli band nya ialah Suratan Karma.  Destinasi merupakan sebuah lagu yang arwah cipta khas kepada seorang rakannya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Sekarang, lagu itu bagaikan ditujukan kepada dirinya sendiri.


Semasa arwah masih hidup, Round Robin selalu merakam live sesi latihan mereka. Oleh itu , bila arwah Pako sudah pergi, Round Robin masih lagi menyimpan rakaman-rakaman lama. Dari rakaman itu, memori dan pengetahuan Round Robin tentang lagu-lagu baru arwah tidak akan hilang. Kesemua lagu dirakam secara raw. Round Robin hanya mendengar dan menyalin balik apa yang arwah nyanyikan di dalam rakaman.  Maka Round Robin mempunyai panduan untuk merakam lagu-lagu di dalam album kedua yang mendatang.


Noh dan Am Hujan
Umum harus mengetahui , Pako mempunyai kepakaran membuat lirik dan lagu dengan spontan. Apabila beliau menunjukkan lagu baru kepada rakan-rakan yang lain, dia akan menyanyi secara spontan lirik-lirik lagu baru. Dia menyatakan sebelum ini dia tidak perlu memikirkan dan menulis lirik di atas kertas. Kesemua lirik beliau keluar dari mulutnya secara spontan semasa latihan muzik Round Robin. Dan kespontanan Pako dirakam. Apabila Round Robin mendengar kembali, menulis kembali lirik-lirik Pako apabila mendengar kembali apa yang telah dirakam, mereka mendapati lirik-lirik arwah sememangnya masuk akal dan mempunyai jalan cerita dan flow.  Spontan Pako membuat lirik membuat yang lain terfikir bahawa Pako mempunyai bakat menjadi seorang rapper.


Pembuatan album kedua Round Robin akan bermula pada bulan puasa 2012.  Round Robin merancang untuk menyiapkan 5 buah lagu sebelum memasuki 2013 dan menghabiskan baki 5 lagu lagi sebelum pertengahan tahun 2013. Round Robin harus membuat album kedua kerana ia tertulis di dalam kontrak. Pihak InterGlobal dan Round Robin tidak mahu melanggar kontrak.


Jipie Pesawat dan Jojo Couple
Walaupun kegilaan zaman Indie Boom sudah berakhir, Round Robin tetap merancang untuk mengeluarkan album kedua. Walaupun orang ramai sudah tidak lagi berkunjung ke gig, Round Robin harus mengeluarkan juga lagu baru kerana lagu-lagu baru yang arwah tinggalkan mempunyai potensi yang lebih tinggi dan lebih dewasa lirik dan melodinya berbanding lagu-lagu di dalam album pertama.  Round Robin berpendapat lagu lagu baru boleh menyebabkan Round Robin berdiri sebaris dengan band-band yang mainstream. Mungkin itu yang Pako mahukan. Kali ini, album Round Robin menjadi sedikit Pop berbanding album pertama yang membawa musik genre Post Punk atau Pasca Punk.


Di dalam rancangan, Round Robin akan berehat sebentar selepas siapnya album kedua Round Robin. Mungkin mengambil masa sehingga setahun atau dua tahun. Ini kerana anggota Round Robin agak penat bermain musik lebih-lebih lagi suasana muzik Malaysia agak suram ketika ini. Kegilaan Indie sudah berakhir. Band-band besar yang sebelum ni gah dgn bunyian Indie terpaksa bertukar genre utk kekal relevan dikalangan remaja.  Round Robin tetap ada. Ia tidak akan dibubarkan . Ia cuma berehat sebentar.


Rata-rata anggota Round Robin ingin berehat dari muzik.  Agak penat bermain di show-show yang tiada bayaran. Sudah banyak show yang tidak dibayar. Round Robin tidak menyalahkan organizer. Kedatangan crowd yang kurang memuaskan menyebabkan organizer susah untuk membayar band dimana mereka sendiri tahu band harus dibayar. Remaja sudah tidak mahu pergi ke gig atau show. Band cuma boleh merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Maka sekarang,jika ada pihak yang ingin mengajak Round Robin membuat persembahan, maka payment harus disediakan. Kalau tidak, Round Robin tidak akan perform. Ini pening kerana ia menjaga ego band itu sendiri.


Round Robin ingin melihat apa yang akan berlaku. Jika album kedua Round Robin memberi impak yang luarbiasa untuk band, Round Robin akan mempergiatkan lagi aktiviti band dan tidak akan berehat bagi mempromosi album dan band itu sendiri. Jika ia tidak memberi impak apa-apa, seperti yang ditulis diatas, Round Robin akan berehat dari muzik untuk satu jangkamasa yang ditentukan agar ahli-ahli Round Robin dapat memberi perhatian terhadap hal-hal lain selain dari hal-hal Round Robin.


Maka itu, kita lihatkan sahaja perjalanan sebuah band yang bernama Round Robin ini.


Misz Nina & Noh Salleh


KISAH DIATAS INI DIKARANG PADA TAHUN 2012.

Das Pink Album.

Ijatt Alnico telah keluar dari band atas sebab-sebab tidak diketahui. Beliau diganti oleh Ulat Tanduk atau nama sebenar, Imran. Namun begitu, Ijatt sempat memberi kontribusi bagi bunyi synthesizer didalam album Das Pink ini.

Imran si Ulat Tanduk
Kesemuanya lagu telah siap proses rakamannya. Sudah diberi master kepada InterGlobal Music tetapi sampai sekarang tidak dipublished. Mungkin kerana InterGlobal Music sudah tidak mahu published mana-mana local band lagi akibat trend yang berlaku sekarang, iaitu record label tutup kedai atau ubah pendekatan.

Namun, tidak mengapa. It's O.K
Life goes on. 





Das Pink Album



Dan mengenai royalti , pada setiap tahun , Sehar , Ashley serta Bob menerima wang royalti sebanyak RM400 seorang. Ini bermakna lagu-lagu Round Robin dari album The Philophobic sememangnya diputar oleh stesen-stesen radio di luar sana. Alhamdulillah. Mereka bertiga memegang 50% dari royalti lagu dan lirik sementara itu , Nurul Adilah (adik arwah Pako) menerima 50% bersih sebagai wakil utk abangnya. 

Round Robin Band berkubur secara rasmi pada April, 2014. 

Tamat. 






Last Lineup 2014 (Standing Wave Studio, SS15). 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara-antara video performance Round Robin Band.  



Media-Media On Round Robin Band. 




Rottw
Rottw.






































2nd last live of RR. December 2013.
Round Robin's last performance. University Of Rock And Roll, SS15, Subang Jaya. April 2014. Ashley Gibson took the vox. On guitar was Najmi .

Raya 2012 , Kemensah , KL. 

Layan The Changchuters @ Tanic Lounge , 2012.

Raya 2013 , PWTC






--------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAMMAT


*Al-Fatihah pada Mohd Afif Nordin @ Pako Rudin. 

8 Years Of Rock N Roll ( 2006-2014 ) 

2014
90- Misgive ‘Short Skirt,Shot Gun’ Tour (University Of Rock’N’Roll, SS15, Subang Jaya) 25th April 2014.
89- Creative Escape Acoustic Night (Multimedia University,Cyberjaya) 8th January 2014
2013
88- We Are Superfriends Between The Skyscrapers (Uprising Music Lounge,Setapak,KL) 21st December 2013
87- Malaysia Day Band Fest 2013 (as guest band) (Studio Lounge,Tropicana City Mall,Petaling Jaya) 15th September 2013
86- Nasi Lemak Kopi O Live Acoustic Show, TV9 (Sri Pentas, Bandar Utama) 8th September 2013.
85- Majlis Buka Puasa UITM Shah Alam Acoustic Show (Dewan Budiman, Uitm Shah Alam) 24th July 2013.
84- Bintulu Radio Acoustic Show & I/V (Bintulu Radio, Bintulu,Sarawak) 24th June 2013
83- Tvi RTM Acoustic Show ( Farley Shopping Mall, Bintulu, Sarawak) 23rd June 2013.
82- Klfm 1 Malaysia The Tarik Acoustic Show (Maktab PDRM,Cheras,KL) 14th June 2013.
81- Malaysia Hari Ini TV3 (live acoustic) (Sri Pentas,Bandar Utama) 4th June 2013
80- Wanita Hari Ini TV3 (live acoustic) (Sri Pentas, Bandar Utama) 23rd May 2013.
79. Rakaman Muzik-Muzik (Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral,Shah Alam) 22nd May 2013.
78. Pesta Anak-Anak Chaos (Pennylane Studio,Sunway) 11th May 2013.
77- Santai Live Show (as guest band) (Dataran Gemilang,Putrajaya) 28th April 2013.
76- Youth Expression (as guest band) (SAFTEA Club, Jalan Pudu, KL) 13th April 2013.
75- The Planet Rock Jamming Session #2 (Planet Rock, ex-Black Widow, Petaling Jaya) 12th April 2013
74- KL Pop Online Radio Acoustic Show & I/V ( KL ) March 2013.
73- Galaksi Muzik FM Acoustic Show, RTM (Angkasapuri,KL) 13th March 2013.
 2012
72- CATROF Cloudberry Tour And Friends (Doppel Kafe,Annexe,Central Market,KL) 13th October 2012.
71- Selangor F.M Raya Open House Acoustic Show (Sabak Bernam,Selangor) 14th September 2012.
70- MSU Voice Of Star Talent Search (as guest band) (Multimedia and Science University,Shah Alam) 27th June 2012.
69- Galaksi Muzik RTM- Muzik Aktif & Muzik FM I/V and Acoustic (Angkasapuri,KL) 13th June 2012.
68- Euro 2012 Acoustic Kick-Off Show (Sri Pentas,Bandar Utama, Petaling Jaya) 8th June 2012.
67- Propaganza ASTRO Acoustic & I/V ( Intekma,Uitm Shah Alam) 31st May 2012.
66- Galaksi TV9 Interview & Electric Show,TV9 (Standing Wave Studio, SS15,Subang Jaya) 29th May 2012.
65- World Telecommunication Day 2012 (KL Tower) 19th May 2012.
64- Klfm Acoustic Show, RTM (Angkasapuri,KL) 2nd May 2012.
63- HelloOn2’s 7th Anniversary Acoustic Show,RTM (Titiwangsa,KL) 1st May 2012.
62- Pencalonan Muzik-Muzik (Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam) 25th April 2012
61- Jom Jam Akustik on KL.fm (Angkasapuri,KL) 18th April 2012.
60- Unplugged Live Performance On HelloOn2,RTM2 (Angkasapuri,KL) 29th March 2012
59- Diva@1 RTM1 Recording (Sys-Ex Studio,SS19,Subang Jaya) 24th March 2012.
58- Whatever Suits You Vol.3 (Doppel Kafe,Annexe,Central Market,KL) 10th March 2012
57- ABC Music Rock Festival (Dewan Hang Tuah, Bandar Melaka) 25th February 2012.
56- Suria Wheels Promo Tour (Dataran Merdeka,KL with Suria F.M) 24th February 2012.
55- Selamat Pagi Malaysia:Live on TV1 (RTM, Angkasapuri,KL) 15th February 2012.
54- Muzik-Muzik Promo Recording: Acoustic Live Lukha (One Utama’s rooftop) with Faiz Muzik-Muzik on 1st February 2012.
53- Protege Chapter 3 : Welcome To The Show (Rumah Api,Ampang Old Town,KL) 7th January 2012
2011 
53- Zul’s Burger Fest (BK Pub,Sri Relau Complex,Bukit Jambul,Penang) 13th November 2011
52- Jumpstart 2011 (Ovo Bistro, Damansara Utama) 22nd October 2011
51- Nasi Lemak Kopi O TV Show (TV9, Sri Pentas) 14th October 2011.
50- Talent Experiment : A Malaysian Music Revolution (Club 11:45 ,Phileo Damansara,Damansara , KL) , 14th June 2011
49- Pekan Frinjan 20 ( Kompleks Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam) 7th May 2011
48- FEYST 11 Digital Lifestyle and Music Festival ( Pavilion,Bukit Bintang,KL) 6th May 2011
47- Tribute To Nirvana ( Soundmaker, Georgetown,Penang ) 16th April 2011
46- Jumpstart Showcase (Artista Bar, Tropicana City Mall, Petaling Jaya) 13th April
45- Karnival Komuniti Usahawan ( Dewanraya Gelang Patah , J.B , Johor )  27th March 2011 ( 9 am)
44- Talent Experiment : A Malaysian Music Revolution (OVO Bistro , Uptown ,D.U) , 13th March 2011  (9 pm)
2010
43- Digital Rainforest...Music in the Woods ~ 2011: A Decade of Milennium ( Kem Isi Rimba , Kemensah, Ulu Klang, Ampang, Selangor ) , 31st December 2010
42- Ipoh's Mini Music Festival - Time To Change ( Dewan Silvertage, Medan Gopeng , Ipoh ) , 4th December 2010
41- Genres In Music Unites Us All Gig  ( Equal Studio , behind Metropoint , Kajang ) 28th November 2010
40- Rottw Soundstage 2010 ( Muzium Telekom , Jalan Raja Chulan ) , 27th November 2010
39- Music Aid 2010 : Dari Pemuzik Untuk Pemuzik  (Dewan Sivik , Petaling Jaya ) , 21st November 2010
38- Pink-Tober Charity Bazaar ( MAP Solaris , Jalan Duta , KL ) , 24th October 2010
37- Laman Budaya Rakyat 1 Malaysia ( Restoran Warisan , Dataran Merdeka ) , 23rd October 2010
36- Volkswagen-Polo Rocks Audition ( The Curve - piazza area ) , 22nd October 2010
35- Doppelganger World Open Mic ( The Boulevard , Berjaya Times Square , KL ) , 10th October 2010
34- Rockfeyst - Indie Youth Festival ( No. 1 Cafe , Jalan Tunku Abdul Rahman , KL ) , 8th October 2010
33- Kita Rawk Showcase Volume 2 ( Haidar's Art Hall , Danau Kota , Setapak ) , 2nd October 2010
32- Kawanku Bintang Coca-Cola Audition ( Wisma Bentley , Mutiara Damansara ) , 25th September 2010
31- Jam Session @ Starzwalk ( Starzwalk Bar , Menara PGRM , Cheras ) , 17th July 2010
30- Kita Rawk Showcase Volume 1 ( Haidar's Art Hall , Danau Kota , Setapak ) , 17th July 2010
29- GO 11 Concert - Open Mic Indies Concert ( Padang Timur , Subang Jaya ) , 9th July 2010
28- Fresh Mix Gig ( D'Studio Cafe , Desa Petaling ) , 26th June 2010
27- Fete De La Musique ( Klang Parade , Klang ) , 20th June 2010
26- Dance Punk Party June 2010 ( Gudang Noisy, Ampang Old Town ) , 19th June 2010
25- Youth'10 Festival Celcom Battle Of The Band 3 ( Putra World Trade Center ) ,  29th-30th May 2010
24- Dance Punk Party March 2010 ( Gudang Noisy, Ampang Old Town ) , 19th March 2010
2009
23- Yamaha Mosh To The Melody ( 3K Complex , SS13, Subang Jaya ) ,  21st June 2009
22- RedBlackWhite Charity Gig For Gaza ( MCPA , Selangor ) ,  25th April 2009
21- Dance Punk Party 09 ( Gudang Noisy , Ampang Old Town ) ,  15th March 2009
2008
20- Indie Disco Gig ( Paul's Place , Jalan Kelang Lama ) , 27th December 2008
19- Gitar Rancak Di Siang Hari ( Dewan Kpg.Paya , Keluang ),  21st December 2008
18- Live Seattlewangsa Acoustic Showcase -Magnificent Night- ( Cantumas Cafe , Setiawangsa ) , 19th December 2008
17- Live Is Music ( Dewan Melati MBSA , Shah Alam ) , 6th December 2008
16- Rantai at UPSI Carnival ( Universiti Perguruan Sultan Idris , Tanjung Malim , Perak ) , 11th October 2008
15- World Marching Band Competition Carnival -Indie Rock Show ( Stadium Merdeka's parking lot ) , 3rd August 2008
14- UIAM X-Games Festival ( Universiti Islam Antarabangsa Malaysia , Gombak ) 2nd August 2008
13- "Seattlewangsa" Akustik Showcase ( Cantumas Cafe , Setiawangsa ) , 6th June 2008
12- Bunyi Volume 2 ( Skizo Studio, Tmn Shamelin,KL ) , 3rd May 2008
11- Hey! Its A Roll Call ( MCPA , Selangor ) , 19th April 2008
10- UKM Battle Of The Band (Universiti Kebangsaan Malaysia)  ( Kolej Keris Mas , UKM ) , February 2008
09- Jeng Jeng Jeng ( Annexe,Central Market ) , 6th January 2008
2007
08- Merdeka Endurance Race Carnival ( Litar Antarabangsa , Sepang ) , December 2007
07- Legendarian Music Fest ( Kolej Lagenda , NS ) , 1st December 2007
06- Rock N Roll Independent Day ( Tunestone Studio , Klang ) , 4th August 2007
05- Royal Klang In Circus ( Tunestone Studio , Klang ) , 30th June 2007
04- UKM  Battle Of The Band (Universiti Kebangsaan Malaysia) ( Kolej Keris Mas , UKM ) , February 2007
03- Pay To Play Gig Volume 3 ( Tunestone Studio, Klang ) ,24th February 2007
2006
02- Pay To Play Gig Volume 1 ( Tunestone Studio , Klang ) , 2006
01- Independent Wave Festival ( Landmark Mall , Johor Bahru ) , 26th August 2006


Wifey drummer Round Robin adalah seorang pekerja di Prime Works Studio. Dia telah berusaha utk memberi satu cdr copy album RR iaitu The Philophobic kepada CEO , Ahmad Izham Omar. Nak tahu apa pandangan dia. Slumber je wife drummer tu. haha,, entah dgr ke tak si Izham tu.
---------------------

Pada 17 Februari 2019 , Round Robin telah mengadakan reunion sempena pelancaran SS18's Honcho Pizza Parlour. Tidak perform bersama sejak 5 tahun lepas.

Jamming di Lycan Studio, Petaling Jaya (12/2/19).
2nd Jamming di High Castle Studio, Shah Alam (15/2/19). 









 TERIMA KASIH KERANA MEMBACA . 



  
 



Round Robin 1st Videoclip, FOC by Lim Kok Wing University Students.

Amboi amboi amboi....


Drummer RR di Abbey Road Studio. 


No comments:

Post a Comment

Melawat Pink Floyd di Cambridge (27 April 2019)

di pekan Cambridge.  Pada 27 April 2019, aku melawat rumah rumah lama Syd Barrett, Roger Waters, dan David Gilmour di Cambridge.  ...