Friday, February 10, 2017

Kisah Orang Malaysia dan Pink Floyd.


#Tbt Almost 2 years ago, September 2015. Di London, Royal Albert Hall. David Gilmour, Rattle That Lock Europe Tour. That moment that i won't forget.
Memang aku takkan lupa moment ni. Aku pergi dengan kawan rapat aku Azfar, untuk witness the voice and the guitarist band kegemaran kita semua (nama pun group PFM kan?).
Memang tak ada perkataan 'tak' kepada peluang seperti ini dalam kamus hidup aku. Once i made my wishlist i will make sure ia terjadi. Macam orang ramai cakap "Kito buek dio".
Anyway, pada seminggu yang lepas daripada tarikh gambar ini ditangkap. Kita orang sempat tengok David di Orangé, France. Superb! Kali ini ke kota London pula, untuk kali kedua tengok performance David and band.
Sampai di London, sehari di sana. Member aku terpaksa balik ke Malaysia, emergency call from his family. Fast forward, aku disini. Alone, with no one to talk to. Just me and my independent free soul, seeking for 'that' moment to bring home.
Dah bosan dekat hostel. Aku pun ambil keputusan jalan-jalan ke Royal Albert Hall. Sampai di RAH, aku perasan ada ramai orang di belakang pintu masuk Hall berprestij ini. Aku terfikir "Ha! Entah-entah Gilmour, cuba nasib mari!".
Aku sampai di sana, pelik.. Tak ada siapa, tapi kenapa diorang seakan menunggu seseorang yang mustahak. Nak pendek cerita. Selang seminit, orang mula memanggil "Hey David, please sign this record for me" Hey David this and that...
Aku pun pusing belakang, guess who guys? I just saw.. That man, who wrote and played that 4 incredible notes in Shine on You Crazy Diamond, the voice behind the band called Pink Floyd.
Lalu.. Belakang.. Aku.. Fuh!
Jadi sawan?
Agak agak apa korang ingat aku buat? Nak duduk diam? Lagi-lagi kalau korang memang main gitar, to me he is the maestro, that tone, that bending, those vibratos, The Black Strat! Uni-vibe, Fuzz Face, Tube Driver, lap steel guitar solo dalam One of these days, High Hope, Shine On!
The King! King David..
"Untuk seketika ku hilang kawalan diri" Bagai gadis bertudung diraba Mat mat K-Pop korea! Aku mampu jerit kat David, seluruh badan kekal kaku, sebab masa tu memang sedepa je David dengan aku. Aku cakap "David! Give me five!".
David hanya senyum dan tak layan, haha. Dia cuba masuk pintu pertama.. "Alamak kunci" - rekaan imaginasi aku. Dalam gambar bawah David turun ke arah bawah kan? Ini sebab pintu pertama kunci. David cuba elak ke depan, sebab di situ ramai mat salleh tunggu dia.
Tapi tak ada option dia lalu jugak lah.. Seorang pun tak dapat peluang minta autograph David kat sini. Tapi aku perasan, ramai yang snap gambar ke arah aku. Salah seorang daripada mereka, seorang lelaki Germany.
Aku pun dengan tak ada segan silu tanya dia, "Kau dapat snap gambar Gilmour?" (of course in English lah). Dia cakap dapat. Aku tanya dia "Can i see it?". Dia balas "Sure". Bahaha.. Lagi monolog diriku "Tolonglah.. Tolonglah!".
Kemudian.. Aku belek gambar dia. Belek dan belek. Woo hooo binggo!
Korang perhatikan ada palang besi dekat laluan David tu? Yang tangan mamat kulit cokelat tu, den lah tu! Sempat tengok persembahan David 2 kali, sempat jalan sana sini. Sempat buat kawan sana sini. Sempat enjoy moment best dengan bff aku..
Tapi paling mustahak. Aku jumpa David, and he aware of my presence at that moment. Plus ada gambar aku dengan David (walaupun muka nampak tak sampai suku).Tapi yang penting.. I saw him backstage entrance.. In fact, he was too close to me.
And as i said to myself. That's the man! That's the one who sang in most of Floyd's songs!
Lucky me? Not sure bruv.. Happy? Yes sirrrr.. Still am ;)
Ps: Agaknya dapat tak peluang aku nak jumpa Waters pulak. Crossing fingers. Zzz


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment